GEGARAN BAND-BAND TEMPATAN DI EVENT SHOCKWAVE ENTERTAINMENT BIRTHDAY BASH

“BIG ENDZIL MEMULAKAN EVENT,
MENGENALKAN DIRI DAN BAND PERFORMER,
UCAPAN PEMINAT SEBELUM BERHIBUR,
SELAMAT ULANGTAHUN SHOCKWAVE ENTERTAINMENT”.

Sempena dengan ulang tahun Shockwave Entertainment satu event telah diadakankan pada 22/06/2013 (Sabtu). Dimana event itu bertempat di First Beach Café, Tanjung Aru. Walaupun jerebu telah melanda seluruh negara, namun tahap bacaan IPU disekitar Kota Kinabalu berada dalam keadaan sederhana sekaligus tidak menghalang peminat muzik tempatan untuk turun beramai-ramai bagi memeriahkan acara tersebut.

Online FM yang diwakili oleh Prince, Madi dan Bro Langau mula tiba di lokasi sejak tengahari lagi. Bro Langau  sempat brief  kepada semua kru-kru Online FM mengenai tugas yang akan dilakukan sepanjang event ini berlansung. Beberapa keping gambar juga sempat diambil semasa tinjauan di tapak event.

Difahamkan tapak acara mula dibuka dengan ketibaan para kru dari pihak penganjur dan lain-lain lagi sebelum tengahari lagi. Dimana terdapat beberapa buah gerai seperti Redbull, Macbeth, Obliq dan lain-lain lagi mula dibuka. Untuk memastikan event ini berjalan lancar segala peralatan dan kelengkapan telah disediakan lebih awal pada hari sebelumnya.

Tepat jam 1.00 tengahari, kaunter tiket mula dibuka kepada peminat yang awal-awal lagi berada disana untuk mendapatkan tiket. Kami dimaklumkan oleh pihak penganjur untuk mendapatkan pas masuk dikaunter tiket yang berada diluar. Ketibaan ahli-ahli band, kru penganjur dan penaja turut memenuhi ruangan kauter tiket berkenaan.

Event bermula tepat pada jam 2.30 petang  apabila Big Endzil yang ditugaskan selaku emcee memulakan dengan kata-kata aluan kepada semua peminat yang hadir. Dimana beliau juga sempat  memperkenalkan beberapa buah band-band tempatan yang akan perform pada event tersebut. Keadaan di tapak acara yang crowd dengan peminat yang seperti sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menantikan event ini bermula.

Sedikir info daripada penganjur dimana band Discrimination Free tidak dapat membuat persembahan dalam event ini. Ini kerana salah seorang lineup Discrimination Free diserang penyakit cacar. Apapun aktiviti ini berjalan seperti biasa mengikut jadual yang dirancangkan oleh pihak penganjur.

Event dimulakan dengan persembahan band Dita Darcia dari Kota Kinabalu sebagai band pembuka dari. Dimana Dita Darcia hanya membawa tiga buah lagu sahaja. Namun persembahan kumpulan ini telah berjaya mendapat tepukan dan sorakan ramai peminat.

Selesai sahaja persembahan mereka, giliran band dari Sandakan iaitu Thirty Evil Seconds naik ke pentas untuk membuat persembahan. Dikhabarkan Thirty Evil Seconds hanya membawa dua buah lagu sahaja atas faktor masa. Namun aksi mantap dari kumpulan ini yang berkonsepkan metalcore berjaya menghiburkan peminat yang berada disitu.

Persembahan dari band Pete Buddy (Borneo Yoyo Demonstrator) juga tidak kurang hebatnya. Walaupun persembahan bersahaja ditampilkan dari mereka namun masih mampu mendapat jeritan yang kuat dari peminat. Break 15 minit sebaik selesai persembahan untuk persiapan set seterusnya.

Event disambung selepas break dengan persembahan band Riot In Asia dari Kota Kinabalu. Aksi bertenaga yang gila-gila telah dipamerkan oleh Riot In Asia semasa membuat persembahan menambahkan lagi kemeriahan event tersebut. Dimana mereka membawa 2 buah lagu sendiri dan 1 lagu cover dari Fall Out Boy iaitu Sugar We’re Going Down.

Frontman Company turut menghiburkan peminat dalam event ini setelah selesai persembahan band sebelumnya. Dengan beberapa buah lagu dibawa mereka seperti Lihat Langit dan lain-lain lagi. Persembahan Frontman Company juga turut mendapat tepukan dari ramai peminat disitu.

Seterusnya tiba giliran band Metalcore dari Miri, Sarawak iaitu Falling Farewell tampil diatas pentas membuat persembahan seterusnya. Mereka membawa 3 buah lagu semuanya untuk menghiburkan peminat. Dimana keadaan  menjadi ‘panas’ pada pengakhiran persembahan Falling Farewell apabila crowd semakin mendadak dengan lagu terakhir yang dibawa iaitu Kiss My Ass.

Sebaik selesai persembahan, Big Endzil kembali dia atas pentas menghoskan event dengan aktiviti Burger Challenge Competition. Dengan hadiah yang ditawarkan berupa earphone sumbangan daripada  pihak penaja. Dimana salah seorang peminat telah tampil ke atas pentas dengan menjawab satu soalan daripada Big Endzil dan berhasil memperoleh hadiah tersebut.

Kumpulan Goyang 72 bersama Barracuda juga turut tidak ketinggalan menghiburkan peminat selepas itu. Dimana keadaan bertambah terlebih gila-gila crowd menjelang lewat petang. Namun pada masa itu, kami berada di belakang stage untuk membuat beberapa tugasan yang diberikan oleh Bro Langau.

Selepas itu para peminat disajikan dengan beberapa buah persembahan dari seorang Dj muzik tempatan iaitu Ayin AKA AN.A. Dimana rata-rata dari mereka terhibur dengan gaya persembahan yang dipamerkan oleh beliau. Pada masa itu, kami sempat membuat tinjauan di beberapa lokasi event semasa rehat.

Aksi dipentas selepas itu kembali dihangatkan dengan persembahan sebuah band iaitu Misgive yang mana kesemua lineupnya adalah perempuan. Dimana suasana menjadi semakin crowd apabila band ini membuat persembahan dicampur dengan jeritan kuat dan tepukan dari para peminat. Walaupun baru pertama kali perform di atas pentas, Misgive tetap menampilkan aksi persembahan yang baik dan sekaligus mendapat jeritan yang kuat daripada golongan lelaki.

Selesai persembahan Misgive maka event pun berehat selama 30 minit. Sambil itu juga soundcheck dilakukan oleh kru-kru pentas untuk memastikan persembahan sebelah malam berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama kami (Online FM) juga turut sempat menemubual beberapa buah band yang akan perform selepas break nanti.

Tepat pada jam 7.00 malam giliran Prime Focus (Project) beraksi di atas pentas. Walaupun masih baru, kumpulan ini telah berjaya menghiburkan peminat dengan aksi mantap yang dipamerkan. Pada masa yang sama, ramai peminat semakin membanjiri lokasi event sedikit demi sedikit bagi menyaksikan persembahan band pujaan mereka disebelah malam.

Selepas itu, event berehat selama 30 minit. Dengan ramai lagi peminat membanjiri lokasi event tersebut. Part yang paling best apabila pelbagai gelagat dan telatah peminat yang hadir pada masa itu sempat disaksikan oleh kami.

Selepas break, giliran band dari Kuching, Sarawak tampil ke atas pentas untuk membuat persembahan. Band yang dimaksudkan ini ialah band Satisfactory. Dimana Satisfactory menghiburkan peminat yang semakin crowd selama 30 minit dengan beberapa buah lagu.

Event ini diteruskan lagi dengan persembahan band dari Alor Setar, Kedah iaitu Incarnation. Suasana bertambah crowd sambil Incarnation meneruskan persembahan mereka dengan aksi peminat terjun menerjun dan berlari-lari anak oleh peminat yang fanatik di bawah stage. Mujurlah kali ini event dibuat di sekitar pantai dan kalau jatuh pun tidak sakit sebab atas pasir.

Situasi menjadi semakin panas lagi apabila band seterusnya tampil ke atas pentas untuk membuat persembahan. Band yang dimaksudkan ini ialah Cousin Of Death dimana mereka menghiburkan peminat dengan beberapa buah lagu untuk tempoh setengah jam. Sungguh meriah semsa Cousin Of Death membuat persembahan dengan melihat pelbagai telatah peminat telah dirakam oleh lensa kamera Bro Langau dan Madi.

Slot terakhir diteruskan dengan persembahan dari band Massacre Conspiracy sebagai acara penutup kepada event ini. Dimana Massacre Conspiracy menjadi pujaan yang mendapat tempat dihati ramai peminat muzik tempatan. Persembahan kumpulan ini amat dinantikan oleh peminat dengan penuh sabar.

Crowd memang sangat crowd dengan telatah peminat yang senantiasa memberi support kepada setiap band yang perform dari awal permulaan event hinggalah menuju ke garis penamatnya. Diharapkan event sebegini akan diadakan lagi terutamanya oleh pihak penganjur sendiri iaitu Shockwave Entertainment. Dimana acara sebegini mampu menonjolkan lagi ramai band-band tempatan seperti yang perform pada event Shockwave Entertainment Birthday Bash.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus untuk memastikan event ini berjalan lancar sepenuhnya. Begitu juga dengan pihak penaja terima kasih atas Support yang diberikan oleh mereka. Manakala bagi band-band yang perform memang malatop teruskan usaha anda untuk menggapai impian dan semoga berjaya dimasa hadapan.

Bagi pihak kru Online FM pula, kami mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kerana dipilih sebagai radio rasmi online bagi event ini. Semoga bertemu lagi dalam event anjuran Shockwave Entertainment yang seterusnya dimasa akan datang. Akhir kata “Rise Up & Support Your Local Music Scene” dengan slogan “Kalau Bukan Kita Siapa Lagi”.

“KALAU ADA EVENT MENYUSUL,
BOLEHLAH KITA BERHIBUR LAGI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI”.