EMO ROCK dari Kelantan

DaisyHoney, merupakan anak jati kelahiran Kota Bharu,Kelantan dan ditubuhkan pada tahun 2006.  Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang anak-anak muda iaitu Apis selaku vokalis dan pemain gitar kedua, Jimi selaku pemain gitar utama, Palihin selaku pemain bass dan Jani selaku pemain drum. DaisyHoney  mempunyai keistimewaan tersendiri, di mana semua lagu-lagu mereka ada hasil ciptaan mereka dengan susunan muzik yang begitu indah juga merupakan hasil kerja mereka sendiri.

Kumpulan ini mempertaruhkan muzik bergenre Emo Rock dan cuba membawa diri ke arus persada seni muzik dengan hasrat agar karya muzik mereka diterima oleh semula lapisan masyarat.


Mereka telah menghasilkan beberapa buah demo antaranya adalah bertajuk Berani Gagal, Penipu dan Pisau Kecurangan, seterusnya kumpulan ini akan merelis single pertama mereka bertajuk Pisau Kecurangan merupakan salah satu daripada lagu demo mereka pada tahun depan.


Sekiranya anda ingin mengenali band ini dengan lebih dekat lagi, sila kujungi laman sesawang mereka di https://www.facebook.com/pages/DaisyHoney/194781358919 ataupun http://www.myspace.com/daisyhoneyband