We sing,We Rock,We Fall,We Cherish,We Up,We Cry,Together…

Alphabetical Theory baru baru ini telah berkongsikan sebuah lagu ciptaan mereka yang bertajuk Ini Bukannya Semua.Sebenarnya band ini berasal dari Kuala Terengganu yang mana terdiri dari 5 orang anak muda.Kalau nak tahu akan line up band ini,korang boleh klik kat sini

Band ini ditubuhkan sekitar tahun 2010 dan dengar cerita mereka sedang giat mempromosikan EP pertama mereka di sekitar tempat asal mereka.Juga tidak ketinggalan,band ini juga telah mendapat beberapa jemputan untuk bermain dalam ungerground gigs.Antara gigs yang bakal mereka hadiri adalah yang akan berlangsung pada 24 ogos ini iaitu raya ke 6.Gigs ini berlangsung di Hotel Rebana,Kota Bahru, Kelantan.

Selain Alphabetical Theory,ada ramai band lagi yang akan turut serta dalam Gig Raya tersebut.Cuba lihat flyers kat bawah ni…

Apa pun,pihak onlinefm ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Alphabetical Theory kerana sudi berkongsikan agu mereka serta profile diri kepada kami.Diharap band ini akan terus berkarya dengan lagu yang bakal lahir dari jiwa mereka sendiri yang mana kita ketahui menjurus kepada trend terkini iaitu Indiependent….