JAMPI BUAT BAND MEREKA MENANG BATTLE

FIVE HUNTER – Juara

Jangan terkejut dengan tajuk artikel ini kerana ianya tidak ada kaitan sama sekali dengan benda benda syirik dan menduakan tuhan. JAMPI yang di maksudkan adalah judul lagu hasil ciptaan Hael Husaini. Dimana lagu tersebut telah membuatkan kumpulan 5 Hunter di nobatkan sebagai Juara pertandingan battle of the band 2017 yang lepas. Pertandingan ini bersempena program jelajah MOBILE CTC anjuran beberapa jabatan kerajaan.

Antara kumpulan yang bertanding dalam pertandingan ini adalah:-

  • ERIKSON BAND
  • FANTASI BAND
  • KEY BAND
  • RED MARKING
  • AWANA BAND
  • FIVE HUNTER
AWANA BAND – tempat kedua
Red Marking Band – tempat ketiga

Hadiah yang di tawarkan adalah seperti berikut:-

Tempat pertama:- RM1000

Tempat kedua:- RM700

tempat ketiga:- RM500

Tempat keempat:- RM300

Tempat kelima:- RM150

*Manakala yuran penyertaan bagi sebuah kumpulan hanya RM100.

Pihak penganjur telah menetapkan lagu wajib bagi setiap peserta. Dimana mereka boleh memilih lagu tersebut sebagai lagu yang wajib dipersembahkan selain lagu bebas pilihan peserta sendiri. Lagu lagu wajib pilihan adalah hasil nyanyian dari Faizal tahir, Caliph Buskers serta Monoloque.

 

*Sumber maklumat daripada:-

Reanz Taz