ROKTRUS SEMAKIN HAMPIR

Roktrus band

Tahniah kepada ROKTRUS kerana masuk keperingkat akhir pada 1 Jun 2016 akan datang.Pastinya, persembahan yang lebih hebat bakal di tampilkan oleh 7 orang pemuzik lokal ini.

 HARD ROCK RISING b.o.t.b pusingan pertama baru sahaja berlangsung pada hari rabu yang lepas.Dimana 4 buah kumpulan tercalon dalam saringan pertama iaitu RAZALI KULING TANGAN, KINABALU KINGS, ROKTRUS BAND & ROCKET FLUID.

Persembahan pertama daripada RAZALI KULINGTANGAN atau juga dikenali dengan nama BOBBY.Tidak boleh di nafikan lagi akan kehebatan bobby dalam permainan alat tradisional ini.Solah olah dia bermain keybord.Sentuhan setiap kulingtangan membawa rentak dan bunyi yang membuatkan pengunjung layan lagu lagu yang dipersembahkan.

Manakala persembahan kedua di ambil alih oleh sebuah kumpulan hip hop yang sudah lama hilang dari radar.Akhirnya dengan adanya pertandingan ini, mereka iaitu KINABALU KINGz tampil dengan persembahan yang mantap dan bertenaga.Nama Kinabalu Kings memang gah di sekitar sabah sebagai antara p[elopor muzik rap atau hip hop suatu ketika dulu.Ternyata, apabila nama mereka di sebut, ramai peminat setia mereka sudah berada di hadapan pentas untuk sama sama menlambaikan tangan kiri dan ke kanan (hip hop flow).
Roktrus mengambil pentas sebagai peserta ketiga pada acara saringan pertama.Dengan menampilkan 2 orang penyanyi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.Penyanyi lelaki iaitu NEILL yang sudah dikenali dengan teknik suara yang power dan hebat.Pilihan lagu yang antaranya fav song di pentas show iaitu BROKEN daripada seether.Dinyanyikan bersama wanita adalah pilihan yang betul betul hebat.Seolah olah AMY LEE (Evanescene) berpadu suara dengan SEETHER. Memang power beb…

ROCKET FLUID adalah kumpulan terakhir yang membuat persembahan.Band yang datang dari negara Brunei ini adalah penyebab utama saya datang ke saringan ini.Dimana, kali pertama menyaksikan lokal band dari negara jirang perfom di KK.Sebelum ini saya hanya berinteraksi menerusi laman sosial sahaja.Alhamdulillah, berpeluang juga bersuai kenal dengan mereka. Dengan membawa 3 buah lagu ciptaan sendiri, cukup membuatkan penonton terhibur dan memberikan tepukan gemuruh.Specially lagu terakhir yang memang cukup bertenaga.Diharap suatu hari nanti, band ini dapat naik ke pentas BMF 🙂

p/s
Gambar di petik dari laman sosial hard rock cafe KK.Manakala gambar selebihnya anda boleh lihat di FB page Hard Rock cafe KK