GENERASI MEMBACA MASIH UJUD DAN SEMAKIN BERKEMBANG

Perjalanan program ni memang santai dan simple. Pihak penganjur lebih fokus kepada pengisian serta penglibatan para peserta yang terdiri daripada para belia sekitar daerah Ranau. BUKU JALANAN RANAU, itulah nama program yang dimaksudkan. ianya berlangsung di ruang terbuka di pekan Ranau untuk edisi ke 14.

Antara objektif pihak penganjur menganjurkan program santai ini adalah untuk mengajak lebih ramai lagi belia khususnya mendekatkan diri dengan bahan bacaan. Tidak kisahlah apa genra bacaan pun, asalkan dapat di baca dan dijadikan ilmu di kotak pemikiran serta mampu di kongsikan kepada masyarakat.

Didalam program ini juga, para peserta mampu menghuraikan setiap inci jalan cerita yang mana mereka telah hadamkan sewaktu sessi pembacaan masing masing. Antara peserta yang tampil berkongsi pengalaman pembacaan mereka pada kali ini adalah..

  1. Hasmiza – Istana Menanti (Abd Latip Talib)
  2. Suriaati – Memories- The Rose (Lang Leav)
  3. Perspectives (Nikita Gill)
  4. Shane – Atan (Wong)
  5. Asralisca – Happy I Am (Poem ciptaan sendiri)
  6. Sharin – Mitos Peribumi Malas (syed Farid Al Attas)
  7. Tesalunica – Kasut kelopak jantung (DBP)
  8. Mahadi – Perjalanan ( Puisi)
  9. Hishammudin – Siput yang mengubah sejarah
  10. Shane – Mondou
  11. Noor Erlina Marcus – Perkongsian tentang kepimpinan

 

Diharap dengan adanya program sebegini, ianya dapat menarik lebih ramai lagi peserta mahupun sesiapa sahaja datang dan sama sama menjadi peserta. pilihlah bahan bacaan yang anda minat. Bacalah dengan masa yang anda sendiri yang tentukan. Pastinya cerita yang anda baca ini mampu menjadikan anda seorang insan yang ingin berkongsi kepada seseorang.

*sumber rujukan

FB page:- BUKU Jalanan RANAU