BUSKERS TAWAU BANTU ANAK ANAK YATIM

GEMALA BUSKERS

Seniman jalanan atau pun BUSKERS ini baru sahaja di tubuhkan atas dasar minat terhadap muzik. Cikgu Roslee (duduk di tengah) merupakan tulang belakang bagi kumpulan ini. Idea dan pemilihan lagu merupakan tugas yang dibuatnya secara suka rela. Malah anaknya sendiri (bertopi kiri) juga merupakan seorang yang meminati muzik seperti ayahnya sendiri.

Orang Awam sedang mencuba saiz baju Gemala Busker

Gemala Busker kini dalam misi kerja amal membantu ANAK ANAK YATIM di daerah Tawau dengan program “SAYANGI MEREKA”. DImana sewaktu mereka membuat persembahan di kawasan tumpuan orang awam, mereka akan menjual T-SHIRT dengan harga RM35 sehelai. Hasil jualan baju ini akan disumbangkan 100% kepada 20 orang anak yatim yang telah dipilih secara rawak.

Bukan itu sahaja, difahamkan hasil jualam t-shirt serta kutipan “busking” mereka pada 7hb Disember (Sabtu) ini akan di serahkan kepada anak anak yatim tersebut. Penyerahan sumbangan ini akan di adakan di Fajar Ecomart Centre Tawau.

Cikgu Roslee juga seorang guru muzik

Program “SAYANGI MEREKA” ini merupakan program anjuran bersama Koperasi Familia Bersatu Tawau berhad dan EMEE TAUHU. Semoga usaha murni kesemua yang terlibat dalam kerja amal ini dapat dijadikan contoh dan ikutan pada generasi sekarang khususnya yang ingin meringankan beban mereka yang memerlukan.