DHARMA JUARA PERTANDINGAN EXSPRESI MUZIK JALANAN

Ahad lepas telah berlangsung sebuah program Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2018 anjuran Dewan Bahasa dan Budaya Sabah di ITCC, Penampang. Antara pengisia dan aktiviti yang menarik perhatian adalah pertandingan  exspresi muzik jalanan. Dimana melalui program sebegini, kita dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat anak anak seni tempatan menerusi muzik.

Kami difahamkan pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai kepada para peserta. Iaitu RM800 kepada juara, manakala RM500 kepada naib juara dan RM300 kepada yang menduduki tempat ketiga. Juga disediakan sagu hati kepada para peserta lain sebanyak RM200. Antara kumpulan yang bertanding dalam pertandingan ini adalah:-

  1. TRIOS AMIGOS – Sabah Animation Creative Content Centre (SAC3)
  2. KAPIKUSTIK – Sabah Animation Creative Content Centre (SAC3)
  3. DE’CAMPUS – Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  4. D’PRIKITIW – Politeknik Kota Kinabalu
  5. SOJAR – Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
  6. DHARMA – Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Antara peserta yang menyertai pertandingan ini

Juara telah di menangi oleh kumpulan DHARMA mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Manakala tempat kedua menjadi milik kumpulan De’ campus Buskers mewakili Universiti Malaysia Sabah. Dan tempat ketiga menjadi milik kumpulan SOJAR mewakili Institut Pendidikan Guru kampus Gaya.