GUNTING RAMBUT PERCUMA SIAP DAPAT BEG SEKOLAH, BOTOL AIR & SET ALAT TULIS LAGI

Keadaan didalam kedai Fendy Barber yang terletak di Putatan, Sabah

Sabtu lepas telah berlangsung acara tahunan buat edisi kelima dimana salah sebuah kedai gunting rambut FENDY BARBER yang terletak di Putatan telah menjalakan kerja amal.

Bagi edisi ke lima kali ini, Fendy Barber telah mendapat beberapa bentuk tajaan dari orang perseorangan. Antara tajaan yang diterima adalah BEG SEKOLAH (100pc), BEKAS AIR (150pc) & PERALATAN ALAT TULIS (200 set). Dianggarkan jumlah tajaan ini mencecah RM5000. Alhamdlillah, syukur atas keprihatinan Hamba Allah yang turut sama menjayakan acara tahunan ini.

Md Fazrin juga turut membantu menjayakan acara amal ini
Sukman daripada Bro barbershop KK juga turut serta dalam program amal ini
Kent dari Putra Barbershop juga memberikan bantuan dalam menjayakan misi ini

Dalam suasana yang agak padat di dalam dan luar kedai, kemunculan abang badut secara tidak langsung memberikan keceriaan kepada adik adik yang tengah beratur panjang di dalam kedai.

Brader Syaiful juga turut hadir
Abg Ghani Barber juga hadir memeriahkan suasana proogram tersebut

Kami difahamkan bahawa kemunculan Abg Ghani adalah satu kejutan bagi Fendy dan rakan rakan. DImana Abg ghani adalah seorang OKU yang juga merupakan seorang tukang gunting lelaki. Ini merupakan satu penghargaan danpenghormatan pada beliau yang ingin menyumbangkan bakti dalam program amal ini.

Dari ikiri (Kent, Sukman, Fendy & Fazrin)

Tahiah kepada Brader Fendy dan team barber lain atas kejayaan program amal ini.Diharap usaha ini dapat dijadikan contoh kepada jurugunting rambut yang baru mahupun sudah lama dalam industri dandanan rambut. Ilmu serta rezeki yang kita perolahi ini kita sumbangkan semula kepada masyarakat yang memerlukan.