AWAKENING OF THE DAMNED 2013

Sebenarnya ini kali kedua aku melihat INFERNAL CURSE beraksi di depan mata aku, pertama kali semasa gig SICKENING ART #4 tahun 2011 dulu. Band yang berpaksikan genre Black/Death ini kira sudah lama bertapak dalam scene underground. Band yang berasal dari Argentina ini baru saja meriliskan stuff terbaru mereka. Seiring dengan rilisnya stuff terbaru mereka, mereka akan mengadakan tour ke beberapa buah negara, antaranya Malaysia, dan pasti Kota Kinabalu terdapat dalam list tour mereka. Yeah!!!
Bagi tour di Kota Kinabalu, akan dibawakan oleh dua buah label yang sangat aktif menganjurkan gig dimasa sekarang, iaitu Derangement Project Prod dan Bilik Angker Metaltainment. Barisan band juga sangat mengujakan, anda tak percaya ?? Sila lihat flyers.  . INFERNAL CURSE, DEATHEVOKER, CURSE OF GOD, MI SCUSI, DISOBEYED, ASMODEUS, DESULTORY & REPUTDEATH.
CURSE OF GOD, band yang berasal dari “Bumi Kenyalang” juga berada dalam list dan tak lupa juga Kota Kinabalu Horror rock/punk, MI SCUSI . Dah lama tak melihat “Malaysian Misfits” beraksi, tak silap aku kali terakhir aku melihat mereka berada di atas pentas adalah masa gig “Suara Dari Bilik Angker” pada tahun lalu.
Ini juga merupakan debut sulung DEATHEVOKER, DESULTORY & REPUTDEATH di atas pentas. Dalam tahun ini, tiga band ne masing-masing sudah mengeluarkan debut demo/promo mereka. DEATHEVOKER dengan “Eternally Rot”, DESULTORY “Promo 2012” dan REPUTDEATH “Into the cryptos”, untuk para-para “Death Troops” ini untuk anda !!!. Sebuah band Death Metal kental yang berasal dari Tawau juga akan dibawakan kepada anda, DISOBEYED. Ok, here comes the black sound wtih the crazy screams and crazy fast riff guitar, ASMODEUS !!!
Venue gig juga nampaknya akan beralih angin sikit, venue gig akan berlangsung di Mermaid 796 Pub Waterfront, KK.

Ok ini detail lengkap mengenai date/time/ticket gig ini :-

DATE : 30 januari 2013
TIME : Start 1pm to end
TICKET : RM25

Oleh kerana tarikh gig ini jatuh pada hari berkerja, sila tandakan kalender anda awal-awal!!!  Jumpa anda disana !!!

Sumber R-tikel disediakan oleh :-

“HALLUCIGENIA”