KENINGAU LIVESTAGE PENUH MAGIK

Sempena Festival Banjaran Croker 2015 pelbagai acara berlangsung di sekitar Keningau, antaranya Keningau Live Stage. Menampilkan 18 buah band dari Tambunan, Tenom dan Keningau serta 3 buah band dari Kota Kinabalu sebagai band jemputan. Bermula pada 21 Nov sehingga 22 Nov beberapa hari lepas, tirai persembahan live dimulakan pada jam 1 petang dan berakhir pada jam 9 malam.
Magik itulah yang penulis dapat gambarkan terhadap pemuzik-pemuzik khususnya di Keningau. Pelbagai genre, kreativiti, seni dan attitude disajikan buat penyokong-penyokong pemuzik di Keningau. Seperti biasa selaku penganjur dan penyelaras Onlinefm memberikan peluang kepada band-band baru yang ingin tampil di khalayak ramai dan memberikan suntikan idea dan seni kepada orang ramai, beberapa band yang masih baru cukup berani dan bersemangat untuk beraksi di atas pentas. Rata-rata band baru mengakui cukup teruja dapat beraksi di atas pentas buat pertama kali, ada juga band yang mengakui mereka perlu memperbaiki lagi kemampuan mereka untuk beraksi di kemudian hari.
Penulis sangat tertarik dengan crowd yang hadir, penuh displin dan sporting tahap maksima. Mereka tidak berganjak sehingga penghujung persembahan, perkara paling positif ialah crowd melayan setiap persembahan tanpa mengira genre. Sememangnya penyokong dan warga Keningau ROCK!
Antara band yang beraksi dalam 2 hari acara adalah Buzzing Joker, Honest, Gerhana 90, The U.k.e, Kita Band, Senyum, Buttercry, Tangkapas, The Black Pearl, Hisstory, The Last Stick, Oh Yeah Band, Speed Season Band, Ronesz Band dan Putera-Puteri Ray. The Jethros, B.O.I.L dan Kopikamilo menjadi band jemputan. Ternyata penampilan B.O.I.L sedikit sebanyak mengubati rindu penyokong band ini di Keningau.

Hari terakhir dan persembahan terakhir yang menampilkan Honest yang mana merupakan band yang mempunyai penyokong mereka yang tersendiri, yang pasti kebanyakan diantara penyokong mereka adalah sumandak-sumandak Keningau. Mungkin disebabkan karya seni mereka memaparkan isu seperti kekecewaan, percintaan dan perpisahan menarik dan membawa penyokong mereka ke dimensi dunia yang lain.
Tahniah dan satu pujian buat band-band dan penyokong serta penggerak scene musik di Keningau yang menunjukkan kesatuan apabila membantu crew kami membersihkan kawasan dimana berlangsungnya acara. Satu perkara yang jarang dilihat, penulis buntu seketika disulami perasaan bahagia dan berkata dalam hati, Terima Kasih!
Wow, penuh magik dan kejutan. Terima Kasih Keningau !
Check Out For More Picture at Our Facebook Page.
facebook/onlinefm