KEUNIKKAN BAZAAR RAMADAN TAHUN 2k17

 

BAZAAR RAMADAN yang hanya akan kita temui setahun sekali. DImana, akan disediakan berpuluh puluh malah ada yang mencecah ratusan tapak gerai menjual pelbagai jenis makanan serta minuman untuk berbuka puasa. Cuma, pada tahun ini kelihatan sedikit kelainan bila mana ada beberapa lokasi bazaar menyediakan ruang kepada para BUSKERS (seniman jalanan) membuat persembahan. Ini satu pembaharuan dan lankah terbaik didalam membantu membangunkan scene muzik khususnya di Sabah. Platform kepada anak anak seni ini tidak ketinggalan ada di sediakan untuk mereka tamil di khalayak ramai.

Bazaar Bt8 Sandakan (gambar di atas) , juga ada menyediakan spot untuk anak anak seni sekitar daerah untuk menghiburkan pengungunjung serta para peniaga yang berkunjung di bandar bt8.

Bazaar Putatan juga ada menyediakan tempat khas dan selesa buat pemuzik ini mengalunkan lagu lagu pelbagai versi. tiupan seruling anak muda ini mampu menarik perhatian pengunjung bila mana lagu lagu seleksi yang mereka pilih memang best dan sesuai sekali. Tahniah di ucapkan kepada CANANG BUSKER. mereka ini sering kali kelihatan membuat persembahan di lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. anda boleh saksikan mereka membuat persembahan di sana selepas raya nanti.

Tidak ketinggalan, salah satu tapak jualaan bazaar di pulau Labuan (gambar di atas) juga menyediakan ruang untuk anak anak muzik disana membuat persembahan kepada para pengunjung. Mereka menyajikan pengunjung dengan seleksi lagu lagu terkini dan lagu lagu lama. Sesuai dengan keadaan dan aktiviti jualan tersebut.

Bazaar di kaki lima pusat membeli belah Wisma Merdeka, KK juga kelihatan sekumpulan anak muda yang cuba menghiburkan para pengunjug bazaar tersebut. Kedudukan pintu masuk yang begitu besar membuatkan persembahan mereka mendapat perhatian para pengunjung mall serta pengunjung bazaar di sana. Mereka sentiasa ceria dan enjoy dalam bidang seni yang mereka cebusi ini. Dengan cara ini, bakat dalam muzik dapat di kongsikan kepada orang ramai.

Inilah kelainan yang kita saksikan di beberapa tapak bazaar ramadan tahun ini. Diharap usaha murni ini dapat di teruskan dan diperluaskan lagi dikesemua tapak bazaar yang ujud di tempat kita. Secara tidak langsung, usaha ini dapat menarik minat belia & beliawanis yang minat di dalam hobi bermain muzik ini. Dan kita sebagai orang awam serta peminat muzik tempatan, haruslan menyokong terus usaha anak anak muda yang mengelarkan diri mereka BUSKERS. bak kata pepatah moden…

kalau bukan KITA, SIAPA lagi…