KOTA KINABALU PERSINGGAHAN TERAKHIR PROGRAM YOUTHDOWN TOWN

Youthdown Town yang dibawakan oleh kepada belia oleh Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah melabuhkan tirainya di Kota Kinabalu. 19 – 20 Disember merupakan siri yang terakhir program ini yang berlangsung di Star City, KK City.

Selaku pengelola program, Onlinefm berharap Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sabah mendapat informasi dan kegiatan serta keperluan belia-belia di setiap daerah yang dijadikan sebagai tempat perlaksanaan iaitu Papar, Tuaran & Kota Kinabalu.

Kegiatan dan aktiviti belia seperti perniagaan, Skate & inline, Seni Musik, Tarian serta kegiatan lain yang dipertontonkan oleh belia perlu diberikan perhatian oleh pihak yang berwajib. Rata-rata belia ingin program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang dan diperluaskan lagi ke setiap daerah. Belia-belia yang ditemui juga sangat berterima kasih kerana memberikan mereka medium yang sememangnya jarang mereka dapat. Mempertontonkan bakat dan hasil seni mereka kepada umum adalah satu kebanggaan dan peluang kepada mereka dan apa yang belia mahukan adalah sokongan dan dorongan daripada semua pihak.
KOMUNITI SKATE DI SABAH SEMAKIN BERTAMBAH

Sepertimana yang dapat dilihat pada Youthdown Town KK City, penyertaan dan pembabitan skater dari setiap pelusuk Sabah merancakkan pertandingan yang dibuat. Skater dari Sandakan, Lahad Datu, Penampang, Papar, Tuaran dan Kota Kinabalu bergabung menjadikan mereka seperti keluarga yang besar dan seharusnya diberikan dorongan dan perhatian.
Skater dari Papar memerlukan tempat yang sesuai untuk mereka melakukan aktiviti mereka, perkara yang sama diperlukan oleh belia-belia di Tuaran. Perkara yang sepatutnya sangat mereka inginkan adalah bantuan daripada pihak yang berwajib. Menurut mereka seawal umur 10 tahun lagi sudah ramai yang berminat dalam sukan lasak ini, tetapi akhirnya tidak bertahan dalam sukan lasak ini kerana tiada dorongan dan kemudahan asas yang disediakan oleh pihak yang berwajib dan hanya yang betul-betul berminat masih kekal dalam scene skate. Senario yang sangat mudah difahami, mana-mana kegiatan jika tidak mendapat perhatian dan dorongan serta tiada medium untuk diketengahkan tidak akan kemana begitu juga sukan lasak skate.

PEMUZIK MOHON KARYA MEREKA MENDAPAT TEMPAT

Konsep yang dibawakan oleh onlinefm sebagai pengelola hampir meliputi keseluruhan aktiviti yang biasanya didominasi oleh belia-belia. Dari sukan sehingga tarian dan persembahan muzik, dan sudah pastinya setiap scene mempunyai cerita yang tersendiri. Dalam scene muzik pula, karya pemuzik-pemuzik hanya sia-sia jika tidak dapat dikongsi kepada umum dan sudah semestinya pentas adalah medium terbaik kepada scene muzik ini. Sememangnya ramai pemuzik di Sabah yang bergerak sebagai band atau pun solo perlukan peluang dan sokongan daripada semua pihak.
JIKA INGINKAN BELIA YANG KREATIF DAN INOVATIF, PROGRAM INI PERLU DITERUSKAN.

Selaku pengelola juga, Onlinefm berpendapat bahawa program ini seharusnya diteruskan jika Kerajaan inginkan gagasan belia yang sihat dari segi fizikal dan mental. Pihak Onlinefm juga mendapat respon yang sangat baik daripada belia dengan penyertaan diluar jangkaan. 
Seperti mana saranan YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin semasa merasmikan Youthdown Town Siri 1 di Papar dimana beliau menggesa belia supaya lebih kreatif dan inovatif dalam mengharungi peredaran global yang sudah pastinya sangat mencabar kepada belia. Beliau juga menggesa agar belia menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bersikap serius terhadap aktiviti sukan atau kegiatan yang mereka ceburi. 

Kenyataan beliau ini disokong oleh YB Datuk Haji Hajiji Haji Nor semasa merasmikan Youthdown Town Siri 2 di Tuaran. Menurut beliau, belia tidak seharusnya berasa malu dalam melakukan apa jua jenis perniagaan malahany belia seharusnya berfikiran lebih terbuka dan menyahut cabaran masa kini yang serba mencabar. 

YB Datuk Haji Hajiji sempat memberikan contoh perniagaan anaknya iaitu menjual pakaian terpakai atau bundle yang boleh meraih keuntungan yang boleh dibanggakan olehnya. Kenyataan-kenyataan pemimpin ini sudah tentunya membakar semangat belia, seruan sudah dibuat maka belia akan menyahutnya. Apa yang paling penting adalah medium yang perlu disediakan seperti Youthdown Town ini.

Maka berlabuhnya tirai Youthdown Town 2015, sampai kita jumpa lagi. Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Gambar-gambar sepanjang siri Youthdown Town boleh dilihat di pagelaman sosial kami.
Facebook.com/OnlineFM