CERITA RAKYAT SABAH DITERJEMAH KEDALAM KOMIK DIGITAL

Berasal dari Kota Kinabalu dan pernah mendapatkan pendidikan di SM Saint Paul, Kota Kinabalu telah lahir seorang pelukis berjiwa besar yang berjuang untuk memartabatkan arena komik yang berkonsepkan nilai tradisi Sabah.

VITUS PETRUS (Baju kuning) sewaktu menyertai pameran di KDCA baru baru ini

Beliau adalah Vitus Petrus, seorang anak muda yang kini sudah dikenali sebagai antara pelukis komik di kalangan warga Sabah. Komik beliau MOMOGUN dipasarkan sejak Disember 2011, Jilid 1 dan sehingga kini sudah memasuki Jilid 8 dan hasil Karya MOMOGUN ini telah mendapat pengiktirafan TOP SELLING COMIC BOOK bagi buku komik Sabahan dimana laris terjual di banyak kedai-kedai buku dan juga boleh dibeli di Google playstrore ebook.

Mungkin tidak sehebat buku-buku komik lain yang sedia ada terutama dari matahari terbit Jepun seperti Naruto, Dragon Ball, Bleach, atau komik negara seperti Lawak Kampus, Ujang dan sebagainya. Tapi semangat tempatan Sabah untuk menyokong komik MOMOGUN adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan patut digalakkan untuk melahirkan lebih ramai pelukis komik hebat di Sabah.

Siapa tahu, buku komik MOMOGUN akan berada di kedai buku Jepun suatu hari nanti. Penelitian penulis bagi komik MOMOGUN ini dimana, ‘Momogun” merupakan sebuah komik traditional yang menceritakan tentang Pengembaraan, fantasi dan gabungan lagenda- lagenda Sabah dan ini adalah yang pertama penceritakan kisah-kisah sedemikian dalam bentuk komik.

Memang satu idea baru dan terbaik yang berjaya dihasilkan. Mengisahkan tentang perjuangan seorang anak muda bernama Kadazan untuk menjaga amanah menghantar pedang yang ditempa oleh datuknya supaya berjaya dihantar ke kampung jiran. Sepanjang perjalanan beliau, beliau berjumpa dengan sahabat seperti Tobilung dan Rungus.

Mereka menempuhi cabaran demi cabaran dan hampir dibunuh kemudian berjaya diselamatkan oleh tentera-tentera Koisaan. Elemen pertarungan, persahabatan, penyatuan bangsa dan pengorbanan jelas terpancar dalam eskpresi komik ini. Tidak mustahillah, kenapa banyak anak muda dengan mudah menerima pembawaan komik ini. Selain daripada siri MOMOGUN ini, beliau juga berjaya menghasilkan sebuah lagi komik iaitu KINOMULOK dan dalam perancangan menghasilkan beberapa karya yang lain. Sekiranya anda mahu menempah komik dengan lebih lanjut boleh menghubungi pelukis sendiri di nombor 0138695030. Atau terus ke Facebook beliau https://www.facebook.com/vitus.petrus/timeline? . Dan lihat juga komik komik lain menerusi FB page SABAH KOMIK ( https://www.facebook.com/SabahComics/ )

Diharapkan industri komik tempatan maju pada masa akan datang dan ada penaja yang sudi menaja untuk menghasilkan ‘anime’ untuk komik MOMOGUN ini. OnlineFM harap, pelukis komik seperti Vitus Petrus terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak karya bermutu dan kami terus menyokong karya tempatan. KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI.

Jom saksikan animasi PEMBURU ARAMAITII dari VITUS PETRUS

Artikel disediakan oleh:- Keno