15 BUAH KUMPULAN AKAN LANCAR EP & ALBUM DALAM “LAUNCH FESTIVAL” HARI SABTU INI

Musica Mania adalah satu organisasi gabungan band-band tempatan dari pelbagai genre muzik di Malaysia. Bermula daripada kumpulan WhatApps, mereka berkomunikasi dan berkongsi idea mengenai kepelbagaian genre muzik dalam muzik lokal tanah air. Daripada 70 buah band, Musica Mania semakin bertambah keahliannya daripada masa ke semasa. Penyertaaan yang tiada bayaran dan kesemua ahli-ahli Musica Mania sentiasa berganding bahu dalam memartabatkan muzik lokal tanah air dalam menganjurkan gigs dan persembahan berskala kecil mahupun besar.Kini, musica Mania masih lagi membuka penyertaan kepada semua band-band Malaysia dan sekarang lebih kurang 200 band sudah bergabung daripada pelbagai genre muzik.