BLACK BOX KK LOKASI TERBAIK BUAT PENGANJUR “EVENT”

                                                                  MEGUSTA

Semalam telah berlangsung sebuah showcase yang dianjurkan oleh salah sebuah organisasi muzik iaitu SPArKS. Dimana mereka telah bekerjasama dengan kedutaan USA membawa masuk sebuah kumpulan rock yang berasal dari California, Amerika Syarikat. Satu jalinan kerjasama yang pastinya membuka sedikit peluang untuk pengiat seni muzik live khususnya anak anak muda sekarang ini. Dimana persembahan ini adalah PERCUMA sahaja.

Sebelum kumpulan ACIDIC mengambil tempat, suasana BLACK BOK KK telah di sajikan dengan persembahan dari band pembukaan iaitu MEGUSTA. Kumpulan Indie Rock yang sudah tidak asing lagi si Kota Kinabalu. Persembahan 2 buah lagi dari mereka cukup membuatkan para pengunjung hapenning dan havoc. Sebaik sahaja 2 buah lagu tersebut selesai, masa yang di nanti nanti iaitu persembahan dari kumpulan ACIDIC mengambil tempat.

Hampir 1 jam lebih dan lebih kurang hampir 15 buah lagu mereka persembahkan kepada penonton yang ada di hadapan pentas tersebut. Ternyata mereka memang band yang cukup bagus dan sesuai di jadikan contoh kepada pemuzik pemuzik tempatan. Khususnya dari segi stage perfomance, atitude dan disiplin. Mereka seolah olah tidak penat sama sekali. Disaat lagu lagu rancak yang berterusan seumpama petrol yang di tuang di atas unggun api. Itulah perumpamaan yang boleh dikatakan. Hingga ada penonton yang sempat DIVE bersama sama band ini.

Ditambah lagi dengan sistem bunyi serta penataan lampu yang cukup padu. Tahniah kepada penyedia sistem bunyi tersebut iaitu MEGABOOGIE. Nama yang sudah terkenal dan cukup besar dalam arena konsert mega outdoor mahupun indoor.

Apa pun, tahniah kepada penganjur atas event ini. Dengan adanya BLACKBOX KK, rasanya para penganjur gig serta konsert mahupun apa sahaja event “bertiket”, ianya sesuai anda jadikan lokasi acara anda. Suasana ruang yang cukup besar dan luas. Anda boleh pilih nak ruang yang besar ( 500 pax) atau yang sederhana (150 pax). Insyallah, kalau ada rezeki dan peluang , onlinefm nak juga anjurkan sesuatu di BLACKBOX KK satu hari nanti.