WUC nak bangun awal

Wake Up Call (WUC) itu lah nama local indiependent band kepada anak jati Kota Kinabalu, Sabah
iaitu Khairul Nezm (VOX), Zairazie (Lead Guitarist), Anique (Bassist) dan Aley (Session Drummer). Mereka telah menubuhkan WUC lewat tahun 2009 dan bergenrekan Rock. Mereka merupakan line-up pertama semasa band ini ditubuhkan.

GIGS SUARA ANAK BORNEO adalah persembahan debut pertama mereka pada 27 September
2009 dan diikuti BANDWIDTH ROCK OUT CHAPTER II sebagai pembuka tirai bagi SEVEN COLLAR T’SHIRT pada 23 Jan 2010.Namun aktiviti mereka tertangguh apabila Aley mengambil keputusan untuk meninggalkan WUC dan memberi sepenuh perhatian kepada bandnya sendiri. Aley juga merupakan ahli kepada band lain yang ada di Kota Kinabalu. Bagi WUC, itu bukanlah satu penghalang. Beberapa sesi jamming dan audition untuk pencarian Drummer telah dilakukan, namun WUC gagal menemukan apa yang mereka inginkan. Sehingga pada suatu hari, Zulkhaliff (Official Drummer) memutuskan untuk menjadi ahli family WUC.

Ketiadaan bunyi gitar yang lebih kuat dalam music yang mereka hasilkan menyebabkan WUC
merasakan line-up mereka tidak sempurna. Elvis (Rhythm Guitarist) abang kepada Anique juga
mengambil keputusan untuk menjadi ahli WUC pada hari yang sama Zulkhaliff menjadi line-up WUC.

Line-up WUC pada masa sekarang adalah Khairul Nezm (VOX), Elvis (Rhythm Guitarist), 

Zairazie(Lead Guitarist), Anique (Bassist) dan Zulkhaliff (Drummer). WUC telah menghasilkan 2 single
album iaitu KILL AND SAY GOODBYE pada tahun 2010 dan FALLING AWAY (SAVE ME) pada  JULAI 2011.Lagu FALLING AWAY (SAVE ME) pernah dimainkan di hitz.fm dari bulan OGOS 2011 hingga March 2012.

WUC sering menerima jemputan untuk perform dalam gigs tetapi ditolak atas sebab komitmen yang
lain. Walaupun aktiviti mereka tidak seaktif dulu, mereka tetap meneruskan perjuangan mereka dalam
dunia music. Single album mereka yang akan datang iaitu RENTAK VETO dalam proses rakaman. Dengar
cerita, WUC ada lagu baru lagi yang  dalam perjalanan masuk ke dunia music band-band indie.
Nantikan….!!!

Kepada yang ingin lebih mengenali band member WUC ini, you guys boleh masuk ke WUC
Facebook FanPage mereka di  Wake Up Call .Keep it up guys. We as supporter, we will always support you all dan juga band-band indie especially local band indie yang ada di Sabah. For me music is “ONE FOR ALL & ALL FOR ONE”

MJ.