Girls power from “PARAVEL”

“Para…Para…Sakura….”  “Bukanlah, ianya bukan nama sebuah drama cina yang selau main di televisyen suatu ketika dulu”. “Para…Para…Paramore…” “Itu pun bukanlah… Tapi sikit lagi…”  “Pa..Ra..Vel..” “Ya, tepat sekali”.

Menyingkap kembali sejarah laulu, Paravel yang dahulunya dikenali sebagai Meadrif. Dimana huruf M, E, A, D, A diambil daripada huruf pertama nama semua lineup ketika itu. Manakala perkataan RIF itu datang secara spontan daripada salah seorang lineup iaitu Munir.

 Ini kerana nama Paravel masih belum lagi digunakan sebagai nama band ketika itu. Mereka juga belum mempunyai perancangan untuk menubuhkan sebuah band. Ini kerana mereka baru sahaja bermula untuk belajar bermain alat-alat muzik pada masa itu di salah satu studio jamming di Tuaran.

Pada mulanya timbul satu idea untuk menubuhkan sebuah band dimana semua lineupnya adalah perempuan oleh penjaga tempat studio berkenaan. Dimana band ini dianggotai oleh Azee, Ella, dan salah seorang rakan mereka yang bermain sebagai drum dan keyboardist. Namun hajat itu tidak kesampaian akhirnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Namun Azee dan Ella terus bermain muzik kerana minat masing-masing yang mendalam terhadap muzik. Sehinggalah mereka terjumpa dengan Diena yang bermain sebagai Bass (kini Paravel) dan Ayu sebagai Vocal (kini Paravel) dan Munir pula di bahagian drum (kini WoodPecker). Mereka juga mempunyai sessionist drummer iaitu Ateng jika sekiranya Munir tidak dapat beraksi bersama mereka.

Ella – Ateng – Ayu – Azee – Diena – Munir

Pada tahun 2006, mereka telah membuat rakaman Live Demo di RTM atas pertolongan kakak ipar Azee iaitu Darlene yang bekerja sebagai Reporter RTM ketika itu. Dimana terdapat satu slot rancangan di RTM yang memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan membuat rakaman di RTM untuk disiarkan di radio. Selepas itu mereka terus membuat sesi latihan di rumah Ayu yang mana peralatan muziknya sungguh lengkap.

Pada mulanya penyertaan mereka hampir dibatalkan kerana menyangkakan semua instrument disediakan. Namun atas budi bicara Abg Hamid yang ketika itu mengendalikan rancangan tersebut memberi mereka peluang untuk membuat rakaman. Selepas itu mereka diberi tempoh 2 minggu lagi untuk berlatih sebelum memulakan proses rakaman semula.

 Pada masa itu nama Meadrif tidak digunakan sebagai nama band mereka tetapi sebaliknya menukarnya kepada Doli In Capax yang bermaksud Under Age (dalam bahasa sepanyol). Kerana pada masa itu mereka masih lagi bersekolah. Bagi sesiapa yang pernah mendengar nama band Doli In Capax dalam Rancangan Rentak Muzika Ria merekalah yang dimaksudkan itu.

Selepas itu mereka meneruskan lagi dalam penyertaan gig Save The Kids di Tuaran. Mereka juga pernah perform di Jamm session dekat dengan Venue di Music Box. Selepas itu mereka mula berjinak-jinak dalam BTOB.

Dengan penyertaan mereka dalam BTOB, maka PARAVEL secara rasminya ditubuhkan pada 31 December 2007. Dimana mereka terdiri daripada 5 orang gadis jelitawan yang dikenali sebagai Ayu (Vokalis), Ella (Gitar Utama), Azee (Gitar Kedua), Diena (Bass) & Pinpin (Drummer). Semua ahli kumpulan berasal dari Tuaran, kecuali PinPin yang datang dari Penampang.

 Mereka memilih untuk membawa konsep muzik Rock, Rock Moden & Alternatif sebagai genre utama band ini. Maka tidak hairanlah pengaruh muzik yang mereka bawa terdiri daripada band-band antarabangsa. Sebagai contoh band Paramore dan Flyleaf.

Nama band Paravel ini berasal daripada sebuah perkataan yang terdapat dalam kamus. Dimana terdapat perkataan dalam huruf P yang bermula dengan sebutan PARA ditemui oleh semua lineup band. Hasil kata sepakat sesama mereka maka lahirlah nama PARAVEL sebagai nama band.

Selepas itu mereka terus bergiat aktif dalam penyertaan beberapa event seperti gig, jamm session, BTOB Dan Lain-lain lagi. Dalam tahun 2012 juga mereka pernah menyertai BTOB yang berlangsung di UMS selain Akustika Merdeka Raya selain pertandingan akustik. Mereka juga membuat kemunculan dalam event Online FM 3rd Anniversary Mini Jamm.

Dahulunya mereka menyasarkan untuk  membuat kemunculan dalam beberapa persembahan selain mencapai kepuasan dalam bermain muzik. Akhirnya  Paravel telah merekodkan single pertama mereka yang bertajuk “Together Forever”. Ini menjadikan ianya sebagai langkah pertama untuk berjaya dalam industri muzik tempatan. Lagu ini telah dirakam didalam RAM studio di bawah E&E Production.

Sungguhpun ada diantara mereka sudah berumah tangga, namun usaha untuk memperjuangkan seni muzik tempatan masih diteruskan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka. Ini seiring dengan kata-kata yang dipost di laman sesawang mereka iaitu “It’s Not About Band But It’s About Friendship”.

 Bagi peminat yang ingin mengenali mereka dengan lebih lanjut anda boleh melayari laman sesawang facebook bandpage mereka di http://www.facebook.com/pages/Paravel-First-step-/124428804256768?fref=ts. Anda juga boleh klik like di bandpage mereka di dan seterusnya dapat mendengar single pertama mereka yang bertajuk “Forever Together”. Sokongan anda terhadap artis atau band indie tempatan amatlah dihargai untuk berjaya dalam industri muzik kita.