“Mungkin” menjadi taruhan Project SRZ

…Kombinasi idea 4 sahabat sejati untuk memulakan satu nafas baru dalam bidang muzik….ayat ayat tersebut adalah kata kata pembukaan yang anda akan jumpa di laman page kumpulan yang berasal dari Klang, Selangao iaitu Project SRZ.

Baru baru ini,salah seorang dari ahli kumpulan ini telah menghantarkan email kepada kami dan menyatakan hasrat untuk meminta bantuan kami untuk mempromosikan single mereka yang berjudul “MUNGKIN”.Bak kata pepatah, kecik tapak tangan,onlinefm kami tadahkan.

Sememangnya penubuhan onlinefm sejak 3 tahun lalu adalah untuk menjadi medium kepada band band baru yang amat sukar mendapatkan exposure dari media media di abad yang serba canggih manggih ini.Alhadulillah, pihak onlinefm telah menerima email dan telah pun membaca dan mendengarkan lagu ciptaan band ini.

Ternyata liriknya amat puitis dan susuan muzik juga boleh dikatakan up-to-date.Kalau nak komen pasal kualiti,rasanya kami tak nak bagi sebarang komen.Ini kerana,sebagai media yang mempunyai misi membantu band band baru,kami hanya menetapkan kualiti di tahap DEMO sudah memadai untuk kami memainkan di dalam radio ini.

Insyallah, kami akan membantu mempromosikan lagu single ini di onlinefm sekerap mungkin.Dan sedikit bahan artikel telah kami sediakan bagi pembaca weblog kami yang serba kekurangan ini.Diharap kumpulan Project SRZ akan meneruskan karya anda di masa akan datang dan juga mencuba untuk mencari peluang untuk bermain di dalam mana mana gigs sekitar Selangor.

Cuba dapatkan network dari rakan rakan muzik yang anda kenali dan minta mereka dengarkan lagu anda.Dengan cara ini,anda boleh ketahui kekurangan dan perkara yang anda perlu tambah untuk lagu yang seterusnya.

Pada yang nak kenali band ini secara dekat,sila kunjungi band page mereka di FB iaitu https://www.facebook.com/psrz.band.pada yang belum pernah dengar single mereka,let check it out youtube yang telah mereka sediakan untuk tatapan umum.