BAND POST HARDCORE EXPOSE BAHASA MELANAU KE DALAM LAGU

Kemunculan band Metal atau seangkatan dengannya sememangnya tidak dapat disangkal lagi sejak kebelakangan ini. Mungkin genra muzik keras seperti ini menjadi pilihan anak anak muda khususnya di Malaysia. Namun mempertahankan bahasa ibunda dalam setiap lagu memang jarang kita dengar apatah lagi dalam aliran muzik keras. Village Atitude atau V8 merupakan sebuah band Post Hardcore yang sinonim dengan lagu dalam bahasa ibunda mereka iaitu Melanau. Mereka yang berasal dari Mukah ini tidak pernah sama sekali menyesal atau malu bila melaungkan bait bait lirik lagu ciptaan mereka pada orang ramai. Seharusnya ini adalah satu kebangaan pada masyarakat setempat bila mana ada pemuzik yang tampil dengan kelainan dan cuba memartabatkan bahasa ibunda.

Jom dengar single terbaru dari V8 yang bertajuk PUAS..