14 BUAH KUMPULAN TERLIBAT DALAM NORTH BORNEO RAINFOREST FESTIVAL 19

North Borneo Rainforest Festival merupakan sebuah acara yang melibatkan ramai pihak. Antaranya jabatan kerajaan, NGO serta aktivis yang masing masing cuba menjayakan acara yang amat bermakna ini. Program ini berkonsepkan KESEDARAN kita sebagai manusia yang prihatin dengan ciptaanNYA. Kepelbagaian aktiviti yang dirancang selama dua hari ini bakal menjadikan program ini mampu membawa kearah positif.

Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur adalah pentas konsert. Mungkin anda tidak pernah nampak nama nama pemuzik yang tertera di dalam poster diatas. Namun, inilah masanya untuk anda kenali anak anak seni tempatan SABAH yang mempunyai kehebatan, keunikan dan kreativi dalam penghasilan muzik.

North Borneo Rainforest Festival 2019 (NBRF) adalah satu usaha menghimpunkan ciri kebudayaan Negeri Sabah secara holistik, antara aspek kebudayaan yang akan ditonjolkan adalah seni & budaya, makanan tradisi, muzik, alam sekitar serta sains & teknologi.