MUTIARA CINTA DI TEMUI DI PITAS

ISMAIL AWANG ALI atau nama gelarannya MK memang sudah tidak asing lagi di daerah Pitas. Sebuah daerah pedalaman sabah yang kaya dengan hasil laut dan keindahan alam flora & faunanya. Siapa sangka, di daerah kecil ini mempunyai seorang anak seni yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan penulisan lagu.

MK pernah menjadi viral suatu ketika bila mana beliau berduet dengan penyanyi terkenal tanahair iaitu SITI NORDIANA tersebar luas. Jumlah tontonan yang mengejutkan bila mana MK mampu membawakan lagu duet tersebut dengan nada suara yang tinggi. Inilah yang dikatakan bakat anugerah tuhan, tiada siapa yang tahu.

MK dahulunya adalah penyanyi kepada kumpulan HOKAGE X. band yang sering kali mendapat tempat di arena battle of the band sekitar sabah. MK lah antara orang paling penting dalam persembahan tersebut. Pernah suatu ketika, apabila beliau membawakan lagu BUNGA REFFLISIA ciptaan sepenuhnya kumpulan mereka, pengunjung naik ke atas pentas dan memberikan jambangan bunga. Ini membawa tanda, lagu lagu mereka mempunyai pemintanya tersendiri.

Kini MK sudah bergerak secara solo. Mungkin atas sebab karier dan sebagai ketua keluarga membataskan penglibatannya dalam pemuzik secara berkumpulan m. Namun begitu, minatnya kepada seni suara masih sentiasa menjadi keutamaan di masa lapang.

Lagu MUTIARA CINTA ini adalah lagu ciptaan beliau sendiri. Hasil tulisan liriknya memang bagus dan mendapat pujian dari pengikut pengikutnya di sosial media. Baru beberapa hari, klip vedio MUTIARA CINTA sudah berada di laman sosial. Dan seperti yang di jangka, sambutannya di luar jangkaan.

Pengambaran klip vedio ini di lakukan di daerah kelahiran beliau sendiri iaitu Pitas, Sabah. keindahan ciptaan tuhan yang pastinya menjadi ilham kepada brader MK menghasilkan lirik lirik lagu yang berkualiti. Di tambah dengan sokongan kawan kawan sekeliling, maka terhasilah klip vedio ini.

Semoga brader MK terus berjuang di dalam arena muzik tempatan ini selagi hayat di kandung badan. Hasilkanlah lagi seberapa banyak lagu lagu cinta pada tuhan, sesama manusia dan lantunan hati seorang pujangga seni ini.  Dengan cara ini, diharap bakat bakat anak anak seni tempatan kian bertambah dan semakin di kenali. Yang mana sekarang ini, dunia di hujung jari kita sahaja…

Teruskan menyokong brader MK kerana…

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI