Mereka Juara Sentuhan Ikon Yang Pertama



Baru-baru ini The Fingers telah menjuarai sebuah pertandingan realiti televisyen iaitu sentuhan ikon. Dimana selain membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan tropi mereka juga telah mendapat tawaran daripada syarikat rakaman disana. Syabas dan tahniah diucapkan kepada The Fingers kerana membawa nama muzik Sabah di peringkat kebangsaan.


The Fingers ditubuhkan pada 26 June 2008. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, band ini mempelopori muzik yang berasaskan progressive rock power metal. Kumpulan ini dianggotai oleh 6 orang anak muda dimana mereka ialah Suib Zainin (Vocalist), Zuriman bin Japar (1st Guitarist),  Hasdee Nurikhwan bin Jalil (2nd Guitarist), Isamdion bin Ismail (Bassist), Ramzul Ihsan bin AB Rahman (Drummer) dan Mohamad Reduan bin Idris (Keyboard & Synth).


Sepanjang penubuhan band ini banyak pertandingan muzik yang telah disertai mereka. Dimana mereka sering mendapat tempat terbaik dalam pertandingan B.T.OB yang dianjurkan oleh pihak penganjur tempatan. Antaranya ialah Moe’s Music Tertutup Battle Of The Band 2008 (Johan), Tamu Gadang U.M.S 2008 (Johan), Borneo Band Hunter U.M.S.K.A.L 2008 (Johan), D.B.K.K Rhythm Of Champions 2008 (Johan), Moe’s Music Terbuka Battle Of The Band 2009 (Ketiga), Pesta Kubis Kundasang  2009 (Johan), Rentak Juara 2010 (Semi Final), Carnival Youth KK 2010 (Johan & Persembahan Terbaik), Anugerah Aku Pemuzik 2011 (Band Popular), Sabah Mega Carnival Battle Of The Band 2011 (Johan), Tamu Gadang U.M.S 2012 (Johan) dan Sentuhan Ikon 2013 (Johan Peringkat Kebangsaan).


The Fingers mempunyai gandingan mantap dari segi lineup dimana masing-masing punya cara tersendiri dalam mengkombinasikan sesebuah muzik yang dimainkan oleh mereka sendiri. The Fingers juga tidak ketinggalan dalam merangkul anugerah bagi setiap lineup dalam mana-mana pertandingan yang di sertai. Antaranya ialah :
Suib Zainin
Ø  Vokalis Terbaik Carnival Youth KK Battle Of The Band 2010
Ø  Vokalis Terbaik Tamu Gadang U.M.S 2012
Zuriman bin Japar
Ø  Gitaris Terbaik Moe’s Music Tertutup Battle Of The Band 2008
Ø  Gitaris Terbaik Tamu Gadang U.M.S 2008
Ø  Gitaris Terbaik Borneo Band Hunter U.M.S.K.A.L 2008
Ø  Gitaris Terbaik Pesta Kubis Kundasang 2009
Hasdee Nur ikhwan bin Jalil
Ø  Gitaris Kedua Terbaik Borneo Band Hunter U.M.S.K.A.L 2008
Ramzul Ihsan bin AB Rahman
Ø  Drumer Terbaik Borneo Band Hunter U.M.S.K.A.L 2008
Ø  Drumer Terbaik Pesta Kubis Kundasang 2009
Ø  Drumer Terbaik Carnival Youth KK Battle Of The Band 2010
Ø  Drumer Terbaik Gadang U.M.S 2012
Mohamad Reduan bin Idris
Ø  Kibodis Terbaik Moe’s Music Tertutup Battle Of The Band 2008
Ø  Kibodis Terbaik Moe’s Music Terbuka Battle Of The Band 2009
Ø  Kibodis Popular Anugerah AKU PEMUZIK 2011
Isamdion bin Ismail
Ø  Bassist Terbaik Rockafella Battle Of The Band 2012
Ø  Bassist Terbaik Battle Of The Band Hari Peladang 2012
Persembahan The Fingers sentiasa mendapat sambutan hangat daripada peminat muzik tempatan mana-mana event. Dimana mereka sering di jemput untuk membuat persembahan di mana-mana tempat oleh pihak penganjur. Antaranya dalam event seperti
Ø  Rakaman Rentak Muzika Ria RTM Kota Kinabalu 2008
Ø  Gigs Amal Unitar 2008
Ø  Kota Kinabalu City Countdown Concert 31 December 2008
Ø  Rakaman Rentak Muzika Ria RTM Kota Kinabalu 2009
Ø  Pesta Kaamatan D.B.K.K 15 May 2009
Ø  Rancangan Generasi ‘Y’ (Siaran Langsung TV1) 20 June 2009
Ø  Pesta Rumbia Kuala Penyu 4 July 2009
Ø  Rockfest Marathon (1 Borneo) 31 July 2010
Ø  Stompin Sabah 2010
Ø  Rockfest Marathon (Kota Kinabalu) 2012
Ø  Opening Sabah Games (SAGA) 2013
The Fingers mempunyai misi mereka yang tersendiri dalam industri muzik tempatan. Antaranya ialah ingin meningkatkan lagi pencapaian kumpulan dalam industri muzik tanah air. Mereka juga ingin membuat abum dalam pada masa yang sama ingin memajukan industri muzik tanah air.
Bagi yang ingin mengikuti perkembangan mereka yang terkini anda juga boleh klik bandpage TheFingers. Dimana anda juga boleh klik like sebagai tanda sokongan kepada band ini. Akhir kata dari penulis, semoga berjaya dimasa hadapan dalam industri muzik tanah air “Kalau Bukan Kita Siapa Lagi”.