Mereka adalah sepupu

Memang ada kelainan pada kumpulan ini.Mereka adalah Epy & Ardiv yang mana mempunyai talian saudara iaitu Sepupu.Masing masing mempunai kelebihan dan keunikan hasik kurniaan bakat dari Yang Maha Esa.

Ardiv adalah seorang pencipta lagu dan penulis lirik.Dimana boleh dikatakan hasil tulisan nya mempunyai citarasa terkini dan menepati citarasa pencinta lagu dizaman serba canggih ini.Manakala Epy pula mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.Gabungan kedua dua orang ini mampu membuatkan sesebuah laggu itu lebih menarik dan menjadi siulan pada yang telah mendengarnya.

Mereka berdua ini berasal dari Subang Jaya dan telah memilih kuzik yang bergenrekan Reagge, Ska dan juga Pop.Almaklumlah, mereka ini amat meminati beberapa penyanyi antarabangsa yang memang dikenali oleh seluruh dunia iaitu Bruni Mars, Jason Mraz, Beyonce, Bob Marley serta UB40.Tidak hairanlah demo yang mereka hasilkan mempunyai influence dari penyanyi penyanyi idola mereka.

Baru baru ini, mereka telah berkongsikan demo terbaru mereka yang bertajuk Hanya Satu dimana lagu ini telah pun berada di laman Youtube sejak beberapa minggu lepas.Kalau dilihat dari segi penonton yang melihat klip vedio ini, jumlahnya melebihi 500 orang.Ini bermakna,lagu ciptaan mereka memang bagus dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Kami ingin mengucapkan terima kasih atas pihak mereka kerana sudi berkogsikan maklumat mengenai mereka serta demo terbaru mereka ini untuk di kongsikan keada pendengar onlinefm.Diharap anda akan terus berkarya dan melahirkan lagu lagu yang berutu dan menepati citarasa terkini.

Kami tinggalkan anda dengan klip vedio mereka yang bertajuk Hanya Satu…