10 KUMPULAN MUZIK MERIAHKAN KG BOMBOI KENINGAU

Ternyata KENINGAU antara daerah yang memiliki anak seni yang cukup berbakat dalam bidang muzik. Ini terbukti bila mana hampir 150 orang datang ke Sulap Diaralo yang terletak di Kg Bomboi, Keningau pada hari sabtu lepas untuk mengambil bahagian dalam persembahan ROCK KOTOB MOTOB edisi ke2. Event ini bersempena sambutan ulangtahu ke17 band TANGKAPAS yang juga merupakan kumpulan muzik yang terdiri dari belia belia Keningau.

Selain pemuzik dari Keningau, terdapat beberapa buah kumpulan yang berasal dari Kota Kinabalu juga telah berpeluang naik ke pentas RMK #2 ini. Mereka adalah DEPATRURE, ZIRCONIA, ROUNDUP 40 & OVTFALL.

Menurut pihak penganjur, buat yang pertama kali datang ke lokasi event ini, mereka akan terpegun dan menyatakan bahawa lokasi RMK ini agak unik dan memang lain dari yang lain. Seolah olah anda berada di dalam hutan dara kelas 1 (Virgin Jungle). Sekeliling kawasan di tutupi oleh hutan dan memang mampu menciptakan konsep “GREEN MUSIC”. Seolah olah anda berada di festival muzik Rainforest di Sarawak.

RMK #2 kali ini mendapat sedikit respon positof, bila mana difahamkan ada ibu bapa atau orang luar semakin ramai datang menyaksikan persembahan belia belia seni ini membuat persembahan. Besar kemungkinan, ada adak mereka yang turut membuat persembahan pada kali ini. Pastinya suasana makin meriah bila adanya support dari keluarga.  Acara  yang bermula seawal jam 1 petang itu telah selesai dalam jam 10 malam. Pihak penganjur juga berbesar hati menerima kunjungan band band luar Keningau untuk merasai sendiri feel dan moment ROCK KOTUB MOTOB yang hanya boleh di rasai di Kg Bomboi, Keningau, Sabah.

Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha murni anda menghidupkan arena muzik undegrground di Keningau. Diharap usaha anda ini dapat sokongan dari anak anak seni sekitar daerah Keningau, Tenom serta Tambunan. Malah daerah daerah jauh juga boleh sama sama menyokong usaha pihak penganjur.

Saksikan antara persembahan di RMK edisi kedua sabtu lepas…

https://www.facebook.com/atietangkapas/videos/2199264590100242/?t=0