SANDAKAN TUAN RUMAH SABAH OI FEST 2018

Cuba lihat flyers di atas? Perghhh, pastinya daerah Sandakan akan mencipta sejarah lagi. bila mana NAKADNAS SKINHEAD CREW selaku penganjur SABAH OI FEST 2018 ini.  13 buah kumpulan bakal mengegarkan daerah Sandakan dengan muzik OI yang pastinya membuatkan pengunjung berpogo sakan.

Menurut sumber, NAKADNAS SKINHEAD CREW ini adalah orang orang yang minat yang mendalam terhadap muzik. Mereka terdiri dari 9 orang. Majoritinya berasal dari Sandakan, Sabah. Apa yang menarik, SABAH OI FEST 2018 ini adalah idea spontan 9 orang sahabat tersebut. Perbincangan di meja kedai kopi disaksikan vape dan rokok, mereka bersepatak menganjurkan gig yang pasti membuatkan Sandakan bakal mencipta sejarah.

Tanggal 24 Feb 2018, bertempat di Happy Castle yang terletak di batu 4, Sandakan. Venue ini akan di kunjungi oleh band band hebat yang memiliki follower tegar. Antara kumpulan yang bakal membuat kan para pengunjung berpeluh di dalam air con adalah…

 

  1. DOMINATION 69 (Sandakan)

  2. GERODOK ( Lahad Datu)

  3. MARKAZ 69 (KK)

  4. BOOTS RUNNER (Keningau)

  5. ELEPHANT OI (Sandakan)

  6. TRANSIT Oi (Labuan)

  7. THE BARROM HEROES (KK)

  8. SKASKANSKIN (Sandakan)

  9. REGAINED (Tawau)

  10. OXBLOOD Oi (Tawau)

  11. VET 69 (Sandakan)

  12. PERRY BOIS (Sandakan)

  13. THE STUBBORN (Selangor)

 

Sebarang pertanyaan mengenai gig ini, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah

  • +60 14-833 3310 (JAM)

  • +60 16-509 4797 (MR AREEP)