Seakan nama Jet pejuang Amerika

Kali ini kita lihat sebuah lagi band yang ingin dikenali dengan nama The F47 Band.Sekali dengar seakan akan nama sebuah jet pejuang Amerika yang tercanggih kan.By the way,ianya hanyalah sebuah nama kumpulan indie yang berasal dari meru, Klang, Selangor.

Baru baru ini, salah seorang dari ahli kumpulan ini telah menghantarkan 2 buah lagu hasil ciptaan mereka yang bertajuk Panji Hitam vs Freemanson & Aleya. 

Sebelum itu, band ini dianggotai oleh 4 orang anak muda yang sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik.kalau di lihat band page mereka, pemain bass & gitaris adalah adik beradik iaitu Ady & Fuji.Ni nama samanarn jer,kalau nak tahu nama betul,kena check out band page mereka aah…:)

The F47 Band telah memilih genre rock, slow rock dan heavy metal sebagai teras dalam muzik mereka.Mungkin ini akibat merea ini lebih menaruh minat terbadap band band barat seperti Megadeath, Matallica, Iron Maiden dan sebagainya.Almaklumlah, jiwa muda yang mempunyai naluri rock klasik yang kental.

Mereka juga tidak ketinggalan untuk menyertai mana mana pertandingan Battle Of The band yang dianjurkan di kawasan mereka.Mungkin ini salah satu cara mereka mendekatkan diri kepada bakal peminat atau sahabat muzik yang ingin mereka kenali.

Apa pun,kami ingin ucapkan good luck pada The F47 Band untuk cabaran menjadi pemuzik indie di masa akan datang.juga kami nak ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian anda berkongsi lagu anda untuk di promosikan di laman wab kami.

Sebelum itu, jom kita sama sama dengar lagu Paji Hitam vs freemanson yang telah mereka kongsikan melalui laman youtube ini..