ROCKSTAR ON BOARD DAPAT SAMBUTAN HANGAT

 SANDAKAN BIKE GATHERING 2016 baru sahaja berlangsung di daerah Sandakan. Bertempat di kawasan TEMBOK BESAR yang memang sinonim dengan penganjuran aktiviti riadah untuk seisi keluarga. Seperti biasa, program ini di anjurkan untuk mengumpul seramai mungkin pengemar kenderaan berroda 2 untuk sama sama bertukar pendapat dan idea dalam minat yang sama iaitu sukan permotoran.

Selain acara permotoran, satu acara konsert juga di anjurkan didalam program ini. ianya di kenali dengan nama ROCKSTAR on board. Yang mana acara konsert ini merupakan acara selingan atau sampingan. Konsert yang mana membuka peluang kepada pemuzik live band beraksi di satu pentas yang sama.
Difahamkan, hampir 20 buah kumpulan muzik sekitar sabah telah membuat persembahan. Mereka adalah:-
  • Paralysed
  • Bokg
  • The Atlus
  • Zstep
  • Leftfinger
  • Revolusi
  • Wondersbay
  • Fran n Frendz
  • Petualang
  • Hurricane
  • Olisblad
  • Sentuhan Band

  • Analogi
  • Reverbnation
  • Hard beat
  • Unique Attraction
  • Ann & Seroja
  • yan cincai
  • Retro

Merusut salah seorang penganjur, program ROCKSTAR on board ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kawan kawan lama. Khususnya yang mempunyai hobi yang sama iaitu bermain muzik. Kebanyakkannya pemuzik pemuzik ini adalah sahabat handai yang di kenali sejak di bangku sekolah lagi. Hubungan yang terjalin boleh di anggap saudara.

Difahamkan juga, sistem bunyi dan lampu untuk acara persembahan pentas ini di sediakan oleh SSMUSIC. rasanya nama ini memang sudah tidak asing lagi sekitar daerah sandakan. Yang mana sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewaan sistem bunyi dan lampu dikesemua acara.

manakala soundman yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kawasaln bunyi yang stabil dan bagus telah diamanahkan kepada 2 orang yang memang mahir iaitu saudara Jul survivor dan saudara Badran (SandakanFM).

Menerusi pertanyaan, kami kepada beberapa orang sahabat yang hadir di program ini, anggaran pengunjung yang hadir sepanjang acara ini mencecah 5000 orang. Boleh dikatakan ianya satu jumlah yang ramai dan besar. Ini membawa maksud yang program pertama kali di anjurkan ini telah berjaya dan telah mampu menarik ramai pengunjung.

Bahkan, Rockstar on board ini telah di jadikan acara tahunan di daerah ini. Dengan harapan, akan lebih ramai lagi pemuzik baru dan lama bergabung di satu pentas. Demi memartabatkan muzik tempatan Sabah.

Terima kasih kepada En Bie Hassan (bertopi hitam) atas perkongsian maklumat ini.