Station 1 cafe memang terbaik

16 Feb telah melabuhkan tirainya dimana program percubaan kami dalam penganjuran aktiviti berbentuk  hiburan santai.Akustiq Jak Bah – Vol 1 adalah sebuah program percubaan kami untuk mengetengahkan band band baru di atas pentas.Ianya bertujuan untuk memberikan mereka peluang dan pendedahan membuat persembahan dikhalayak ramai.

Kali ini,kami telah mendapat kepercayaan dari sebuah cafe yang sudah tidak asing lagi sekitar Kota Kinabalu ini iaitu STATION 1 CAFE yang terletak didalam bangunan sebuah pusat membeli belah iaitu Suria Sabah.

Persembahan pembukaan adalah dari sebuah kumpulan yang diberi nama CORELLA ATTACK.Band ini sudah 2 kali menyertai program yang dianjurkan oleh OnlineFM.Sebelum ini,mereka telah tampil di pentas akustik yang bertempat di Tg Aru.Kini mereka tampil lagi dengan membawakan 2 buah lagu ciptaan sendiri.

Buat masa ini,mereka masih belum ada laman FB.Akan tetapi, mereka telah menyatakan akan menyediakan laman tersebut dalam masa yang terdekat.Apa pun,persembahan mereka memang best dan menampilkan 2 orang penyanyi wanita yang mempunyai suara hebat.Teruskan usaha anda untuk melahirkan karya karya yang original.

Kumpulan Papazack pulak yang mengambil bahagian dalam persembahan kedua pada malam tersebut.Kali ini, drummer mereka tidak dapat menyertai line up mereka.Akan tetapi,dia tetap berada di hadapan bannya untuk memastikan persembahan kumplannya maintain dan terkawal.

Persembahan ketiga pulak di ambil alih oleh kumpulan D Morning Glory.Mereka telah tampil dengan membawakan lagu ciptaan sendiri dan pada malam tersebut sebuah lagu baru telah didendangkan untuk tatapan umum.Lagu tersebut baru beberapa hari selesai dicipta oleh mereka sendiri.
Menurut salah seorang ahli kumpulan ini, dalam masa terdekat ini mereka akan masuk kedalam studio dan akan menjalankan proses rakaman single.Kepada yang mengenali band ini,nantikan kemunculan single mereka di laman page mereka.

Penampilan keempat adalah persembahan dari sebuah kumpulan yang datang dari daerah yang jauh.Yang mana mengambil masa 2-3 jam perjalanan untuk sampai ke lokasi program.Kumpulan yang saya maksudkan adalah kumpulan PENGUIN yang berasal dari daerah Keningau.Mereka telah mendaftarkan diri untuk menyertai program ini sejak awal lagi.

Ternyata jarak bukan penghalang untuk mereka mempertaruhkan lagu lagu ciptaan mereka di pentas terbuka terutama sekali di Kota Kinabalu ini.Mereka tampil dengan 3 buah lagu yang mana lagu terahkir adalah lagu single mereka yang sedang dipromosikan di laman page mereka.
Diharap kepada kumpulan ini agar terus berusaha dengan lebih kuat untuk memperkenalkan diri mereka didalam scene muzik terutamanya di Keningau dan juga Sabah ini.Masa masih panjang dan perancangan yang diatur kena mantap dan sentiasa ikut peredaran zaman.

Persembahan terakhir adalah persembahan dari sebuah kumpulan yang agak lama tidak tampil di khalayak ramai.Apatah lagi dipentas muzik.Band yang dimaksudkan adalah band yang dianggotai oleh 3 orang adik beradik ini iaitu PAPRIQA.

Pada mulanya,kami juga takut dan segan untuk menjemput mereka ini.Akan tetapi, mereka ini memang sempoi dan cool.Tanpa berfikir panjang.mereka menerima jemputan ini dan ternyata mereka tidak menghampakan penganjur serta fans mereka.
Kali ini,mereka menggunakan khidmat pemain gitar kedua iaitu ROMIE.Serta apa yang mengejutkan adalah AMY yang merupakan pemain drum telah tampil dnegan bermain gitar.Memang hebatlah AMY ni,tak sangka dia juga boleh menguasai bermain gitar dengan mantap.
Alhamdulillah, seperti yang dirancangkan acara ini selesai sekitar jam 9 malam.Kami telah menerima kebenaran oleh pihak Station 1 untuk menggunakan masa selama 2 jam sahaja.Bermula dari jam 7 mlm hingga jam 9 malam.Kerana selepas jam 9, ada band residen yang akan mengambil alih pentas.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pihak yang terlibat.terutamanya pihak penaja lokasi iaitu Station 1 Cafe Suria Sabah.Serta kumpulan yang hadir serta penyokong mereka.Insyallah, Vol 2 akan menemui anda dalam masa yang terdekat ini.