MELODI MERENTASI MASA, MEREKA DITERBANGKAN RIBUT GANAS

The Since ditubuhkan sekitar Tahun 2013 oleh Dex & Collin. Mereka mula mencipta beberapa lagu ciptaan sendiri dan mula merakam demo sekitar 2014. Dex & Collin bertemu sahabat lama dalam muzik lalu iaitu Johan & Eddy lalu mengajak mereka berdua untuk bersatu dalam The Since.

Secara rasminya The Since kini dianggotai oleh Dex(gitar/2nd vocal), Collin(gitar/vocal), Eddy(bass) dan Johan(drum).
Jika anda seorang yang aktif pada sekitar tahun 90-an nama-nama ini merupakan penggiat scene underground di sekitar Kota Kinabalu.
Dari rock n’ roll, metal ke musik punk sememangnya menjadi latarbelakang nama-nama anggota The Since. Perjalanan Muzik Mereka sebenarnya telah bermula sejak Tahun 1993 secara underground serta aktif membuat persembahan gig di sekitar Kota Kinabalu pada masa itu. Masih ingat dengan band The Worm, The Unexplained, Deja Vu, The Marshmallow, Frustated Flag?

Penulis sempat bercerita dengan salah seorang line-up The Since. Ini antaranya ..
Setelah berada dalam beberapa band, kenapa The Since diwujudkan?
‘The Since wujud atas minat kepada muzik yang masih membara didalam jiwa anggota kunpulan ini. Walaupun mengalami pelbagai rintangan dan suka duka dengan band-band  yang pernah dianggotai dahulu. Kami merasakan perjuangan dalam muzik ini harus diteruskan’.
Rata-rata line-up The Since mempunyai music background yang berbeza dan lebih kepada underground. Apa perbezaan bermain music yang lebih santai daripada sebelumnya?
‘Dari segi genre muzik yg dimainkan oleh The Since ianya memang berbeza dari background muzik yg mula-mula kami mainkan secara underground dahulu, iaitu alternative rock, punk dan grunge. Setelah sekian lama mencari dan mengali ilmu muzik kami akhirnya merasakan ‘back to a roots’ memang penting. Dimana genre-genre seperti Classic rock, Blues, Rock n Roll, psychedelic merupakan tunjung muzik kepada evolusi muzik zaman moden sekarang. Band-band legend 60′ dan 70’s memang banyak mempengaruhi band-band rock moden masakini. Kami berpendapat dari Roots inilah band-band masa kini membuat rujukan serta berevolusi dgn genre-genre muzik yg baru’.

Banyak band di Sabah khususnya meninggalkan scene begitu saja, mana silapnya?

‘Kita mmg sedia maklum bahawa terdapat ratusan band-band di Sabah yang berbakat besar untuk diketengahkan. Kami berpendapat banyak band-band sabah berkubur setelah hanya seketika kemunculannya. Antara faktor yg menyumbang kepada ini adalah masalah dalaman band itu sendiri yg tidak bersatu hati, komitmen kepada famili dan kerjaya, masalah kewangan juga menghantui dan kurang mendapat sambutan atau sokongan dari industri ini sendiri yg membuatkan mereka tawar hati serta kecewa untuk meneruskan penjuangan.

Bolehkah seseorang individu meletakkan dirinya dalam music semata-mata untuk teruskan hidup dalam senario music scene di Sabah?

 ‘Music is a lifestyle not a trend’ itulah ungkapan para pemuzik legend di barat. Mungkin disebabkan perubahan zaman digital telah melenyapkan penjualan kaset atau cd artis. Dimana pada era kegemilangan dahulu penjualan album serta show artis memang mendapat sambutan mengalakan. Para pemuzik mmg boleh jadikan muzik sebagai mata pencarian yg tetap. Berbeza dengan masa kini, kami merasakan muzik di Sabah memang sukar dijadikan mata pencarian tetap. Masalah ni mungkin disebabkan oleh segelintir orang-orang dalam industri itu sendiri yang lebih menyokong artis dari luar. Selain itu, digital age juga menyebabkan penyokong lebih gemar download or share secara percuma.

Adakah The Since merupakan band yang diselubungi emosi atas apa yang belaku di masa lalu?

‘Setelah lebih 20 tahun bergelumang dalam muzik tempatan, segala pengalaman pahit manis, suka duka telah mematangkan kami. Tidak dpt dinafikan memang adakalanya terdapat perasaan putus asa, kecewa, rebel dalam lubuk hati kami. Namun kami jadikan ianya sebagai asam garam serta penyuntik semangat untuk kami lebih tabah neneruskan penjuangan muzik ini’.

Pendapat atau pandangan untuk meningkatkan music scene di Sabah.

‘Industri muzik di Sabah memang amat berpotensi besar untuk maju setaraf dgn negara lain. Sekiranya kita ada stesen tv sendiri sebagai medium itu lebih baik untuk memajukan industri muzik di Sabah. Selain itu, orang kita sendiri perlu memberikan sokongan 110% lebih kepada artis-artis tempatan. Kita perlu berusaha keras menukar ‘Mindset’ takuk lama orang kita terutamanya para sponser yang perlu nemainkan peranan yang lebih kalau ingin melihat pemuzik-pemuzik di Sabah maju. Akhir sekali, Jutaan terima kasih pada Pihak Online yg bekerja keras untuk mengetengahkan band-band di Sabah’.

‘Appreciate your own talent’.

The Since telah mengeluarkan 1st Ep’s Album Bertajuk ‘Together’ pada September 2016. Dalam Ep’s Album tersebut terdapat 4 Lagu Cipta Ahli Kumpulan The since iaitu Dream Of You (Ciptaan Dex), Together (Ciptaan Dex), Happiness within sadness (Ciptaan Collin) & Sendiri ( Ciptaan Johan). Genre Lagu adalah Retro, Nostalgic Rock, Psychedelic, Klasik Rock, Rock n’ Roll . Album ini menjanjikan kelainan. Proses Rakamam telah dilakukan di Smart Music House, Tuaran.

Sokong karya dan pergerakan mereka, ikuti The Since melalui laman sosial.

facebook.com/thesinceband