TWIN FINGERS MASUK FINAL

TWIN FINGERS

Tahniah kepada TWIN FINGERS kerana masuk ke peringkat final…

BUKU BERTEMU RUAS, itulah yang saya boleh katakan akan battle of the band saringan peringkat ke2 semalam.Dimana, 3 buah kumpulan berentap mencari slot untuk ke final pada 1 jun nanti.
Kenapa saya katakan macam tu, mana tidaknya peserta yang bertanding pada malam tu memang hebat hebat belaka.Masing masing mempunyai kekuatan muzik tersendiri dan corak persembahan yang di nantikan oleh para penyokong mereka.

Bornneon

Bornneon selaku band opening pada battle semalam.Seperti biasa, corak persembahan mereka ini tidak boleh dinafikan lagi. Kehebatan setiap line up masing masing menunjukkan skill on stage.terutamanya pemain keyboard yang amat terkenal dengan teknik mainan keyboardnya iaitu WAN KIBOT.Ditambah lagi dengan sentuhan gitaris utama mereka iaitu HASDEE dan sentusan bass dari MONTOK.Pembakar semangat setiap beat drum sudah tentu RAMZUL.Lagu single mereka iaitu MY LAND antara mencuri perhatian pengunjung.

Ianya seolah olah bukan pertandingan.tetapi, nampak seperti konsert BORNNEON di Hard Rock Cafe.Hampir separuh penonton di hadapan pentas menyanyikan bersama sama lagu MY LAND ini.Lirik yang amat mudah di fahami dan susunan lagu yang senang di ingat.
Persembahan kedua pula dari kumpulan yang juga memang dikenali sekitar Kota Kinabalu.Dimana, antara lagu yang membawa nama kumpulan FRONTMANT COMPANY ini dikenali adalah EMOSI MUZIKAL, MALAIKAT CINTA, DENGAR AKU (single terbaru).pada malam itu, merena mempertaruhkan lagu ciptaan mereka iaitu EMOSI MUZIKAL & DENGAR AKU.Yang mana di fahamkan, single terbaru ini iaitu DENGAR AKU akan menjadi OST kepada sebuah drama tempatan yang akan di tayangkan dalam masa terdekat ini.
TWIN FINGERS
Mereka datang dari jauh yang mana memakan masa 7 jam perjalanan menerusi jalan darat (SANDAKAN – KK).Dengan membawa 1000 harapan dan impian.Bukan untuk menang, tetapi untuk memperdengarkan dan mempersembahkan bakat yang mereka ada.Almaklumlah, daerah sandakan ini memang sukar dapat peluang untuk membuat persembahan di khalayak ramai.
TWIN FINGERS merupakan peserta ketiga dan telah ninobatkan sebagai juara dalam pertandingan peringkat saringan kedua ini.Dengan menampilkan 9 orang ahli kumpulan, yang mana menampilkan beberapa line up jemputan, adalah teknik yang berjaya menarik perhatian juri.
Lagu pilihan mereka memang tepat dan membuatkan kesemua juri terpegun dan enjoy .lagu cover dari Zainal Abidin adalah lagu pembukaan yang memang tidak sia sia di pilih. mana tidaknya, kesemua penonton bersorak dan bertepuk tangan bila suara vox twin fingers ala ala zainal abidin berkumandang.Ditambah lagi dengan persembagan percussion instruments daripada pemuzik yang sudah tidak asing lagi iaitu Abang BONG.Sentuhan jari jemarinya memukul conga dan alat alat lain mencuri perhatian para juri.Seolah olah, ini bukan pertandingan, malah persembahan di sebuah konsert besar TWIN FINGER di Kota Kinabalu.
Twin Fingers juga menampilkan seorang penyanyi wanita.yang mana suara yang cukup lantang dan tinggi.Bukan setakat tinggi malah juga mampu membawa tone suprano (ala ala Ning Baizurah).Boleh dikatakan persembahan kedua dua penyanyi ini seolah olah pasangan duet yang hampir 5-7 tahun membuat persembahan.Keserasian mereka berdua amat jelas dan padu.bukan itu sahaja, penyanyi wanita tersebut terrer bermain alat muzik glockenspiel.

Apa pun, tahniah kepada twin fingers atas kejayaan ini.Siapa sangka kan, tuah menyebelahi anda.Apa pun, cabaran anda makin sengit.pentas Final menanti kunjungan anda untuk kali  kedua pada 1 Jun nanti. Insyallah, kita jumpa di sana.