Tanpa nama?

Mulanya terkejut juga bila dengar nama band ni NAMELESS yang membawa maksud tanpa nama.Tapi,itu hanya nama band mereka yang mana mula di tubuhkan pada tahun 2009 yang di anggotai oleh Izzmi,Joe,Along & Pokang.Band ini berasal dari Skudai,Johor yang mana muzik mereka berteraskan Alternativ,Pop Punk & rock.Yang mana ada tertera kat page mereka dan Myspace mereka juga.
Buat masa ini,mereka telah memuat naik 5 buah DEMO iaitu semuanya hasil ciptaan mereka sendiri di ruangan I-Song.Kelima lima lagu tersebut telah di rakamkan sejak mereka mula berjinak jinak bermain muzik hingga ke hari ini.Antaranya adalah Friends or Foe,Ayu.migth be you,Delima & insaf.
Korang boleh mendengarkan kesemua lagu lagu mereka ini melalui I-Song yang terdapat dalam website onlinefm ini dan sekali gus anda boleh membuat untu bagi menempatkan lagu mereka di dalam CARTA I-Song yang sedang berlangsung.
Kami  warga kerja  onlinefm ingin menyeru kepada semua pembaca agar menyokong mereka bukan saja band NAMELESS ini,malah kesemua band yang ingin mempamerkan karya ciptaan mereka melalui lagu lagu mereka.Ini secara tak langsung dapat membantu industri muzik negara kita agar lebih pesat membangun
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut band NAMELESS ini,anda boleh berhubung dengan mereka melalui page mereka iaitu http://www.facebook.com/pages/Nameless-Band/114057231981460?sk=wall dan berilah kata kata semangat kepada mereka untuk mereka lebih maju kehadapan.


Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial