TAWAU DAN MUZIK ROCK

Kehangatan sambutan acara pertandingan kugiran di Giant Tawau minggu lepas masih belum reda, kini muncul lagi satu pertandingan anjuran yang lebih kurang sama iaitu BATTLE OF THE BAND. Cuma penganjurnya sahaja yang lain. Namun hadiah yang ditawarkan kepada pememang sememangnya cukup tinggi. Manakala yuran penyertaan pun amat berpatutan. Inilah di katakan semangat dalam bekarya dan perjuangan dalam bidang muzik. memang sukar di pisahkan.

Penganjuran yang aktif sebeginilah yang menjadi pemangkin atau pembakar semangat anak anak muda serta jiwa jiwa rockers semakin membara. Pertandingan BATTLE OF THE BAND ini sememangnya satu ruang & peluang dyang di ujudkan bagi memupuk semangat setia kawan dan satu hati.

Memang kita ketahui, pengaruh B.O.T.B di Sabah ini makin mengurang di anjurkan. Atas sebab kekurangan penaja dan sokongan dari pihak pihak berwajib. Almaklumlah, pelbagai isu akan di timbulkan dan sangkaan negatif dari merek amereka yang masih duduk di bawah tempurung.

Walaubagaimanapun, sebagai peminat muzik yang sayangkan bakat bakat baru dan lama ini, kita seharusnya mengambil inisiatif yang lebih konsisten dalam membuka ruang kepada anak anak seni ini.Dengan adanya penganjuran sebegini rupa, ianya mampu memupuk hobi baru kenapa anak anak yang lahir di zaman serba canggih ini.

Apaun di ucapkan tahniah kepada pihak penganjur acara BATTLE ini. Semoga ianya dapat di teruskan dan mendapat sokongan dari semua pihak.

Insyallah, kita jumpa di TAWAU minggu depan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial