Terima kasih JP, Traffik Jamm, & Asean Cuisine

Memang tidak dinafikan yang perasaan takut dan malu amat tebal bila mana hari yang ditunggu tunggu sudah tiba disaat keadaan cuaca meramalkan hujan lebat serta angin kuat akan melanda Kota Kinabalu.Terbayang saat TERPAKSA membatalkan program yang dah diuwar uwarkan lebih dari sebulan ini gara gara hujan.Tetapi,Alhamdulillah hanya doa serta tawakal kepada Yang Maha Esa sahaja dapat dititipkan setiap masa pada masa ni,hujan tak turun

Seawal jam 4 petang,crew onlinefm telah berada di lokasi program iaitu Jesselton Point untuk membuat susun atur serta membuat persediaan kelengkapan  yang sepatutnya.Manakala peralatan muzik telah tiba sekitar jam 5.30 petang.Pada masa yang saa juga,masih tidak nampak lagi kelibat band band yang tersenarai membuat persembahan ada di JP.Mungkin mereka masih dalam perjalanan.

Memang di dalam flyer,kami menetapkan masa seawal jam 5petang ,dan setelah persiapan sound check telah selesai,kami memulakan program sekitar jam 7mlm.Pada malam itu,kelengkapan alat muzik telah ditaja oleh Trafick Jamm Studios

Terdapat 10 buah kumpulan yang telah membuat tempahan terawal sewaktu offer kami buka sebulan sebelum bulan puasa.Dan kesemuanya memang ingin memperlihatkan bakat masing masing dalam bermain muzik.Dalam masa yang sama,kami membuat kejutan dimana pada malam tersebut,ada seorang brader yang hadir dan akan mendeklamasikan sajak berkenaan MERDEKA & AIDILFITRI.

Brader tersebut ingin dikenali sebagai Si Fu Art yang mana merupakan sorang Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah.Bila saja dia membuka acara,kelihatan penonton tergamam dan mulut ternganga.Melihat air muka mereka macam tu bukan apa,ayat ayat yang terkeluar dari brader fooart memang RARE dan power.

Setiap baris sajak sajaknya amat bermakna dam dalam maksudnya.Boleh dikatakan sajak tersebut berkait rapat dengan kehibupan anak muda dizaman sekarang ini.Kehebatannya bermain kata kata amat jelas sekali terpancar pada sajak yang dibacakan.

Apa pun,memang kita hanya merancang dan DIAlah yang menentukan.Dimana saat band terakhir ingin membuat pesembahan,dimasa tulah hujan turun dengan lebatnya diikuti angin kencang.Tekpasa kami menamatkan program tersebut dan jutaan terima kasih kepada mereka mereka yang lain kerana turut membantu menyelamatkan alat muzik dari terkena hujan yang teruk.Diharap alat alat muzik tersebut dapat diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kerosakkan.

Sekali lagi,kami nak ucapkan JUTAAN terima kasih kepada pihak Jesselton Point kenara sudi menaja tempat tersebut.Dan tidak dilupakan juga Restoran ASEAN CUISINE yang memberikan sedikit ruang untuk kami menggunakan ruang mereka sebagai pentas akustik.Insyallah,kalau ada sambutan dan kepercayaan dari pihak pihak ini,kami akan membuat program seterusnya di sini juga.Diharap bakat bakat pemuzik kita ini akan sentiasa dapat dipersembahkan kepada masyarakat yang menyukai karya INDIEPENDENT ini

p/s
gambar selebihnya,klik kat sini