THE JETHROES BERTEDUH DI BAWAH ATAP COKLAT
Penganjuran kali ke2 dalam masa yang singkat. Siapa sangka, sambutan yang hangat telah diterima dari pihak pengajur. Anak anak muda menjadikan atap ini sebagai tempat mereka berteduh. Bukan dari panas atau hujan, tetapi berteduh untuk mendapatkan feel aliran seni muzik dan seni karya original.
Dibawah atap inilah, hampir 100 dan mungkin lebih anak anak muda yang meminati seni akan menghayati alunan muzik santai. Di tambah dengan perkongsian ilmu lukisan seni dari mereka mereka yang di pangil sifoo. Mereka berkumpul dan bertukar pendapat serta bersuai kenal sesama mereka.
Tidak di lupakan, perkongsian info di media sosial dan juga menbuat LIVE STREAMING sewaktu acara akustik bermula.Suasana yang sesuai untuk anak muda yang berstatus belia.
![]() |
THE JETHROES |
Pada hujung minggu ini, penampilan istimewa bakal anda saksikan. iaitu penampilan kumpulan THE JETHROES, CACTUS dan ramai lagi. mereka akan membuat persembahan akustik kepada para pengunjung.
Kepada minah minah novel atau abang abang ulat buku di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk mendapatan bahan bahan bacaan terkini yang ada dijual di bawah Atap Coklat ini.