THE MUSIC WE PLAY, THE RHYTM WE MAKE, WE’RE MISGIVE

Misgiveditubuhkan pada tahun 2012. Band ini berasal dari Kota Kinabalu. Band ini baru sahaja ditubuhkan dan berjaya mendapat tempat di kalangan peminat muzik tempatan.
Mereka memilih konsep muzik Punk sebagai genre band ini. Maka tidak hairanlah pengaruh muzik yang dibawa terdiri daripada band-band Punk antarabangsa. Antaranya ialah Blink 182, Rancid, Four years strong, Distillers, NOFX, Anti-Flag, The Loved ones dan lain-lain lagi.
Band ini dianggotai oleh 3 gadis jelitawan yang sangat cintakan muzik. Mereka ialah Brenda
(Lead Guitarist), Reen (Vocal/Guitarist) dan Yen (Bassist/Vocal) selain Pinpin (Seasonist Drummer). Dari situ bermulalah perjalanan mereka dalam industri muzik tempatan selepas band ini ditubuhkan.
Nama band terbit daripada sebuah perasaan yang lahir dari hati yang mempunyai satu maksud yang sama. Dimana ianya menggambarkan apa yang mereka rasa dari hati kecil mereka bertiga. Ia juga merupakan antara salah satu perasaan yang timbul yang dijadikan sebagai liku-liku perjuangan dalam karier muzik mereka.
Mereka juga pernah mengikuti beberapa pertandingan yang berbentuk akustik dan lain-lain lagi.
Band ini turut mendapat tempat di hati ramai peminat semasa membuat persembahan di event Shockwave Entertainment Birthday Bash. Kredit wajar diberikan kepada berjaya membuatkan keadaan jadi havoc semasa event tersebut dan sekaligus membuka mata ramai peminat muzik tempatan khasnya di Sabah sendiri.
Perancangan mereka dimasa hadapan pula ialah ingin meningkatkan lagi tahap kualiti muzik mereka di kesemua bahagian. Mereka juga ada merakam beberapa lagu dalam bentuk akustik. Dimana pasti suatu hari band ini akan mengeluarkan meaterialnya sendiri tidak lama lagi.
Anda boleh mengikuti perkembangan band ini dengan lebih lanjut melalui website mereka. Antaranya dengan klik https://www.facebook.com/Misgive.Official, https://soundcloud.com/misigve-officialdan misgive.official@gmail.com. Untuk mengundang mereka membuat persembahan anda boleh juga hubungi 016-8124130.