Trash Metal dari KK…

Zombies Bastard adalah sebuah band Thrash Metal yang sedang mencari peluang menempa nama dalam kelompok gigs gigs underground.Mereka ini memilih muzik Thrash atas sebeb terlalu minat dengan bunyi bunyian yang bingit dan raw.
Mereka ini terdiri dari 5 orang anak muda yang aggresif ketika berada di atas pentas gigs.Admin sendiri pernah melihat mereka perfom baru baru ini sekitar Kota Kinabalu.suara Vokalis mereka memang hebat dan persembahannya pun memukau crowd yang aada di depan stage.
Baru baru ini,mereka telah menguploadkan sebuah lagu hasil ciptaan mereka sendiri.Siapa sangka,band yang baru saja di tubuhkan awal tahun 2011 dah memiliki demo.Ternyata mereka ini memang serius dalam bermain muzik.Lagu yang telah dihantarkan kepada kami adalah berjudul Thrashaholic.

Lagu tersebut telahpun di update kedalam playlist kami oleh produser yang bertugas.Dan boleh di reques sekiranya ada DJ yang bertugas.Apa pun,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada band ini kerana sudi berkongsi lagu kepada kami.Kami cuba sebaik mungkin untuk mempromosikan lagu anda dan band band lain melalui laman web ini.