‘TUA SELAMA YA’ Single pertama taruhan Majestica

Pertama kali mendengar lagu TUA SELAMA YA jujur saya terpegun dan jatuh cinta kepada susunan muziknya. Ia membuatkan saya ingin mendengar lagu ini berulang-ulang kali walaupun saya tidak memahami maksud di sebalik lirik lagu tersebut.

Majestica, band yang berasal dari Bintulu Sarawak dan ditubuhkan pada April 2012. Yang menariknya, mereka menyanyikan lagu-lagu mereka dalam bahasa Iban.

Ahlinya terdiri daripada Romy Salvador (First Guitar/Keyboardist/Band Leader), Maloney (Vocalist), Atien Martin (Second Guitarist), Glenn (Bass) dan Boyzt (Drummer).Majestica banyak mendapat jemputan di sekitar Sarawak.

Jika dilihat dan dibaca melalui Fan page mereka iaitu MAJESTICA , ramai yang menanti kemunculan lagu terbaru mereka. Ternyata nama Majestica semakin dikenali umum di Sarawak, Sabah dan mahupun di semenjung Malaysia.