TURN UP! THE VOLUME 5 MENEMUI ANDA BULAN OGOS NANTI

The Rebel Union adalah sebuah nama besar dalam arena GIG di SAbah, khususnya di Kota Kinabalu.Mereka antara pioneer dalam penganjuran gig yang menampilkan puluhan band band bawah tanah tampil ke permukaan untuk di lihat.

TURN UP THE VOLUME merupakan gig tahunan anjuran The Rebel Union ini. Bermula pada tahun 2012, TUTV  membawa kejayaan yang memberangsangkan. Gabungan idea beberapa anggota dalam movement ini mendatangkan semangat buat band band UG sekitar Sabah. Mana tidaknya, pentas yang lengkap dengan p.a sistem & backline yang menjadi pembuka selera pada band underground ini.

Dari segi pemilihan band, TRU sememangnya arif dan tahu apakah konsep dan hasil yang mereka harapkan. Semestinya band yang bakal naik ke pentas TUTV ini mempunyai komitment yang tinggi dan ramai follower.

Sewaktu acara beginilah, kita akan lihat betaburan CD CD band band bawah tanah yang baru dan lama.Bukan itu sahaja, pelbagai merch juga akan kelihatan di jual dengan harga yang amat berpatutan.

Untuk episod ke lima ini nanti iaitu bulan ogos, proses pemilihan band sudah pun selesai rasanya. Ini anda boleh lihat menerusi event page official mereka di FB iaitu  Turn Up! The Volume : 5. Sama sama kita datang beramai ramai dan teruskan sokongan kepada band band lokal yang bakal naik ke pentas TUTV5 nanti.

Serta, jangan lupa untuk meneruskan kempen yang sudah sinonim dengan penganjuran gigs sekitar Malaysia iaitu…