TURN UP THE VOLUME EDISI KE ENAM MERUPAKAN PENGANJURAN KALI TERAKHIR

TURN UP THE VOLUME atau TUTV adalah sudah tidak asing lagi khususnya pada anak anak muda yang minat pada muzik underground. Gig ini adalah anjuran sebuah lable yang juga cukup lama dan berpengalaman dalam penganjuran gig bawah tanah iaitu THE REBEL UNION.
11 ogos ini bertempat di OBA Studio (Lintas Square) adalah penganjuran edisi ke enam yang mana kali ini pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk menjadikkannya gig yang terakhir. Oleh yang demikian, pihak penganjur telah mengumumkan headline TUTV kali ini adlaah band Metal yang di datangkan khas dari Kota Singapura iaitu Heremod
Selain Heremod, Rebel Union juga menjembut sebuah band Progresive dari Kuching Sarawak iaitu Myopia. Manakala band pembukaan untuk edisi terakhir kali ini, Rebel union telah menjemput kumpulan TIVATERA, UNIQUECORN & ROUNDOFF 40



Jadi, kepada anda diluar sana, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang sudah boleh dibeli. Sila berhubung terus dengan pihak penganjur bagi mendapatkan tiket masuk untuk TUTV edisi ke enam ini. Sokongan anda terhadap scene muzik bawahtanah sentiasa di harap. Agar ianya akan sentiasa ada untuk anak anak seni tempatan. Teruskan menyokong pemuzik bawahtanah ini, KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI…