ULANGTAHUN YANG KE7

Tanggal 1 Januari setiap tahun pastinya akan menjadi hari yang amat bermakna dalam diri saya sendiri. Dimana, tanggal tersebut adalah hari bersejarah saya menubuhkan radio internet pada 7 tahun yang lepas. Tanpa sebarang pengalaman yang luas dan sokongan dari mana mana pihak. Bergerak secara solo “one man show” mencari content dan memperkenalkan onlinefm kepada masyarakat sekeliling. Sampai sekarang pun, masih juga tidak dikenali oleh orang ramai. Yalah, bukannya radio frekuensi dan mempunyai kewangan yang kuat. Berteraskan kewangan sendiri sejak 7 tahun lepas, alhamdulillah onlinefm masih kedengaran di alam maya dan kelihatan di 2,3 program terbuka. Saya memberanikan diri bernaung di bawah nama INDIEPENDENT. Yang cuba membantu memperkenalkan band band tempatan sabah di mata orang ramai.

Alhamdulillah, pelbagai onak dan duri di lalui. Namun itu adalah lumrah dalam perniagaan. Pada asalnya hanya hobi di masa lapang.Kini menjadi serius dan bertahan untuk konsisten mencari peluang untuk dikenali sebagai syarikat pengurusan acara yang bernaung dibawah nama syarikat ONLINE MEDIA ENTERTAINMENT.

Jeff, Keno, Jasz, Ash, BRO (founder on9fm), Ejat,Aden & Ejal

Dengan bantuan beberapa sahabat yang masing masing mempunyai kelebihan dalam bidang masing masing. Yang mana mereka hanya sukarelawan yang membantu onlinefm dalam sebarang program yang melibatkan onlinefm.

Saya selaku wakil onlinefm mengucapkan jutaan terika kasih kepada anda semua yang menyokong usaha kami selama 7 tahun ini. Kami harap anda dapat mengajak rakan rakan anda yang lain untuk menyokong pembabitan kami dalam bidang media penyiaran khususnya sekitar negeri Sabah ini.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan kami menerusi media sosial.