WALAUPUN PROGRAM KECIL, NAMUN IMPAKNYA AMAT BESAR BUAT OWIN

Semalam telah berlangsung satu acara perlancaran Album EP kumpulan OWIN yang bertajuk RASA CINTA. OWIN adalah sebuah kumpulan muzik yang baru sahaja selesai proses rakaman 6 buah lagu. Sebelum ini lagu single mereka adalah
1001 rasa. Hasil ciptaan Elwin Masangkil sekalu tulang belakang kepada kumpulan ini. Buat masa ini, line up kepada kumpulan ini belum ada yang tetap. Elwin menggunakan sessionist yang terdiri dikalangan rakan rakan muziknya sendiri.
ArjeCO, M. Pasola & Seraya Merah merupakan band jemputan pada malam itu. Mereka tampil dengan membawakan lagu lagu ciptaan sendiri di khalayak orang ramai. Kehadiran rakan rakan seni yang lain juga sedikit sebanyak memeriahkan majlis santai pada malam tersebut. FB Live juga ada disediakan menerusi FB Page OWIN sendiri dan mendapat tontonan yang agak ramai serta komen komen yang positif. Sedikit teaser untuk dijadikan kenang kenangan pada masa akan datang..