WANDIS & WOODPECKER ANTARA YANG TERPILIH KE FINAL

WANDIS (Putatan)

Ahad lepas, telah berlangsungnya sesi saringan pertama di mana 9 buah kumpulan berentap dipentas BATTLE MANIA. Yang mana menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan. Sebelum ini, juri pertandingan hanya 2 orang iaitu Mr Zul Khaliff & Mr Sonny. Akan tetapi, seorang lagi juri profesional telah di lantik bagi mengadili sesi saringan ini iaitu Mr Moses De Silva. Nama besar dalam industri muzik yang ini sudah dikenali ramai. Beliaulah antara juri ke3 yang telah di lantik oleh pihak penganjur untuk mengadili persembahan peserta peserta tersebut.

dari kiri, Mr Sonny, Mr Moses & Mr Zul

Memang malam tu keadaan venue pertandingan di penuhi oleh peminat serta penyokong peserta peserta yang bertanding. Tidak di nafikan juga kelihatan pelancong antarabangsa yang juga menjadi tetamu menyaksikan acara paling havoc setakat ini.

Kalah dan menang tu memang dah adat dalam mana mana pertandingan. Tidak semestinya tidak terpilih tu mereka tak boleh maju. Malah, kekalahan ini menjadi tanda aras sebagai sesebuah band boy memperbaiki mutu persembahan. Pengalaman yang mereka timba sewakti di arena BATTLE MANIA ini memang tidak ternilai. Perkongsian ilmu dan pengalaman dalam muzik memang tidak boleh di ukur dengan wang ringgit.

WOODPECKER (Tuaran)

Untuk saringan pertama ini, 5 buah peserta telah layak ke peringkat seterusnya. mereka adalah ..

  1. WANDIS
  2. WOODPECKER
  3. BAD THE HOOD
  4. BUDAYAWAN
  5. AMIN & ALU ALU

Untuk saringan kedua, anda boleh dapatkan maklumat terkini menerusi laman page rasmi mereka iaitu Sparks Fun Pub . Atau boleh menghubungi pihak penganjur di talian 0168353256

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial