X-KARISMA BAKAL GEGARKAN PENTAS KONSERT AMAL SAYANG SABAH

X KARISMA

X KARISMA yang sudah tidak asing lagi di pentas BATTLE OF THE BAND sekitar negeri Sabah bakal memecahkan suasana konsert amal Sayang Sabah yang akan berlangsung pada 26 Nov ini. Iaitu pada hujung minggu ini. Ramai artis artis yang mempunyai nama besar dalam industri muzik akan berada di sana. Antaranya MUS MAY, ELLA, MAN KEEDAL dan ramai lagi.

Dalam ramai ramai ini, X KARISMA telah dapat peluang untuk menampilkan persembahan mereka secara LIVE di pentas yang besar tersebut. Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah Yui, Romie, Rizo, Suib, Sam & Moly bakal di ketahui pada hujung minggu ini.

Apapun di ucapkan tahniah kepada pengurus kumpulan ini iaitu Mr Zack atas kesungguhan dan azam yang tinggi membawa nama band ini lebih dikenali ramai.

Selain itu, difahamkan kumpulan lagenda dari sandakan iaitu ATOMIC POWER juga akan bersama sama dalam konsert ini. Sudah menjadi kewajipan, bila mana ada acara besar, nama Atomic Power pasti akan menghiburkan para pengunjung yang bakal membanjiri padang bandaran tersebut.
Kepada warga Sandakan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert amal Sayang Sabah ini. kalau ada peluang, nak juga wakil onlinefm kesana. Tapi, atas sebab kengkangan masa dan dana, kami hanya jadi pemerhati dan penyokong dari jarak jauh sahaja. Apapun, good luck X KARISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial