Yang Terindak Milik DAKMIE

Dia bukanlah vokalis mana-mana band tapi, lagunya cukup berhantu sehingga ada yang sudi menyanyikan lagu tersebut. Lagu beliau terkenal menerusi OST drama TV  dan filem di Malaysia.

Masihkah anda semua ingat lagu ‘Yang terindah’ yang menjadi OST drama Adamaya ataupun Filem I’m Not Single. Mesti anda semua tertanya-tanya siapakah penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut.

Dakmie atau nama sebenar beliau adalah Azmee Bin Abdul Manaf berasal dari Negeri Sembilan. Sebenarnya beliau adalah seorang penyanyi, penulis lagu, penulis lirik, penerbit album, pemuzik di dalam studio dan pemuzik iringan, sound engineer, penata muzik album dan filem. Seorang low profile, namun punya bakat yang cukup besar.

Lagu beliau sebenarnya telah lama berkumandang di salah satu radio milik Astro yang hanya memainkan muzik-muzik buatan Malaysia. Selain lagu ‘Yang terindah’, lagu beliau juga menjadi OST untuk Filem Congkak.  Antara lagu-lagu beliau adalah ‘Cinta Syurga’, ‘Cinta Itu Milik Kita’, ‘Yang Terindah’, dan ‘Assalamualaikum Cinta’ kesemua lagu-lagu tersebut adalah merupakan OST kepada Filem dan juga drama.