YOUTHDOWN TOWN MEMBAWAKAN LIVESTAGE BUAT PERTAMA KALINYA DI PAPAR

Youthdown Town Vol. 1 Papar melabuhkan tirainya setelah mengegarkan belia Papar. Berlangsung selama 2 hari dari 31 Oct dan 1 Nov. Siri pertama yang dibawakan oleh Jabatan Belia dan Sukan dengan Kerjasama Majlis Daerah Papar dan dikenalikan oleh Onlinefm.

Berwarna-warni itulah ungkapan yang paling tepat bagi siri jelajah Youthdown Town di Papar. Antara kegiatan belia Papar yang dapat dilihat adalah seperti skate, inline, autoshow, bmx ride, hotwheels,  jumper dan yo-yo selain daripada aktiviti perniagaan yang secara keseluruhannya dijalankan oleh belia Papar.

Youthdown Town Papar juga mencatat sejarah tersendiri apabila membawakan livestage buat pertama kalinya di Papar yang menampilkan 20 band, 17 band adalah daripada belia Papar dan 3 band dibawakan khas dari Kota Kinabalu.
Antara fokus utama program jelajah ini adalah untuk memberikan peluang kepada belia untuk memperagakan minat dan menjadikan program ini sebagai medium untuk mempromosi perniagaan khususnya kepada yang menjalankan aktiviti perniagaan. Melalui lawatan dan perasmian YB Rosnah Shirlin yang membolehkan belia menyalurkan terus kehendak dan keperluan belia yang seharusnya disediakan oleh pihak yang berkaitan.
Skater tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan permasalahan mereka kepada YB Rosnah seperti tiada kemudahan asas untuk bermain skate di dearah Papar serta kekurangan program yang seharusnya perlu kepada belia. Dalam masa yang sama juga skate competition dan hotwheels turut diadakan.

Dalam program jelajah ini antara yang menjadi tarikan adalah makanan tradisi ‘butod’, dan hobi baru yang semakin mendapat perhatian iaitu drone yang membuat bengkel dan juga pameran. Kehadiran kartunis Sabah yang tidak asing lagi iaitu Langkawit membolehkan pengunjung berinteraksi terus kepada kartunis yang menghasilkan seni berlatarbelakangkan isu-isu semasa.

Dan seperti biasa, pengunjung yang datang seawal jam 9 pagi dapat melihat dan membeli pelbagai jenis produk atau barangan daripada peniaga belia. Bermula dari jam 1 petang sehingga 9.30 malam giliran belia pula mengegarkan pentas terbuka dengan persembahan muzik yang datangnya daripada pelbagai genre seperti Grunge, Punkrock, Oi, Rock & Roll dan banyak lagi.  Antara band-band yang yang beraksi adalah Ahzlan, Pussy Booth 9, Zicornia, Godown Sound, Zomono, Melodychain, Cactus, Verstile, Plumfield, Sless, Corella Attack, Freedom & Justice, Floodzilla, Pants Tape, Kapak & the Geng serta Bornneon.

Sebagai penutup program Youthdown Town Vol. 1 Papar persembahan live dari Pants Tape, Kapak & The Geng serta Bornneon mendapat reaksi yang memukau daripada belia-belia papar.

Selaku pengendali program ini, penulis mewakili crew dan produksi Onlinefm mengucapkan jutaan terima kasih kepada belia-belia Papar yang terlibat serta melibatkan diri dalam program yang cukup santai ini.


Kita jumpa lagi di siri jelajah Youthdown Town Vol. 1 Tuaran!